FMD bertemu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA 13 Julai – Felo Muda Dakwah (FMD) Yayasan Dakwah Islamiah Malayasia telah mengadakan majlis perjumpaan bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (B) pada 12 Julai lalu di Kompleks Islam Putrajaya. Turut serta dalam pertemuan itu adalah Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad dan para penyelaras FMD […]

Kelantan lulus hukuman sebat

KOTA BHARU 12 Julai – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang membolehkan hukuman sebat terhadap pesalah dijalankan di tempat terbuka. Perkara penting lain yang turut terkan­dung dalam pindaan enakmen tersebut ialah membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan. Enakmen itu merupakan […]

Malaysia negara Islam contoh

PUTRAJAYA 12 Julai – Pengasas dan pemimpin Parti Ennahda dari Tunisia, Rachid Ghannouchi, memuji Malaysia sebagai negara Islam contoh dengan menyatakan bahawa Malaysia menggambarkan imej indah negara Islam kontemporari. Beliau berkata, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara Islam yang berjaya lagi maju di kalangan dunia Arab walaupun menghadapi “situasi yang amat sukar” disebabkan komposisi masyarakatnya yang […]

Menteri lawat negara Arab, bincang isu Daesh, Qatar

PUTRAJAYA 12 Julai – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun  Hussein akan melawat Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Bahrain minggu depan bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia dalam isu-isu penting seperti  Daesh dan krisis Qatar-NegaraTeluk. Hishammuddin yang juga Menteri dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri berkata, adalah amat penting bagi Malaysia memahami situasi sebenar […]

Bantah keputusan UNESCO, Israel hina umat Islam masuk masjid

RAMALLAH, 12 Julai – Pasukan keselamatan Israel bertindak agresif apabila menghina umat Islam yang memasuki masjid Al Ebrahimi, Hebron di Tebing Barat. Tindakan rejim berkenaan adalah sebagai membalas dendam ekoran daripada keputusan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) mengisytihar Bandar Lama Hebron dan Al Ebrahimi sebagai tapak warisan dunia. Imam Masjid Al Ebrahimi, Hifzi […]