Palestin giat kempen, dapatkan nasihat ICJ

AMMAN 24 Dis. – Palestin kini sedang menggiatkan kempen untuk mencari pengganti Amerika Syarikat (AS) selaku orang tengah dalam proses rundingan damai dengan Israel. Arab News melaporkan, perkara itu didedahkan oleh seorang pemimpin veteran Palestin, Nabil Shaath baru-baru ini. Menurut Nabil, ‘khidmat’ AS selaku orang tengah dalam proses tersebut kini telah berakhir berikutan tindakan Presiden […]

Semak status pengelola umrah di portal i-Umrah – Jawhar

PENDANG 25 Dis. – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) menasihatkan umat Islam menyemak maklumat status agensi pengelola umrah melalui portal i-Umrah jabatan itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. Ketua Pengarah Jawhar, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, ia bagi membendung masalah penipuan pakej umrah yang semakin berleluasa dan melibatkan mangsa, […]

Boikot acara rasmi AS, termasuk dutanya

SHAH ALAM 24 Dis. – Bagi ‘mengajar’ Amerika Syarikat (AS) dalam isu melibatkan Palestin, negara kita disaran untuk memboikot negara Uncle Sam itu. Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Univeriti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, untuk permulaan Malaysia disaran untuk memulau acara rasmi AS dan orang kenamaan mereka. “Kita mungkin tidak perlu […]

Israel umum tinggalkan UNESCO akhir 2018

BAITULMUQADDIS 23 Dis. – Israel mengumumkan keluar daripada agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) atas alasan sikap berat sebelah ‘anti-Israel dan serangan sistematik yang diterima negara itu. Jurucakap Kementerian Luar­nya, Emmanuel Nahshon berkata, keputusan itu berdasarkan kepada percubaan agensi itu untuk memutuskan sejarah Yahudi daripada tanah Israel. Beliau berkata, surat rasmi untuk […]

12 penduduk Palestin terbunuh sejak pengiktirafan Trump ke atas Baitulmuqaddis

GAZA CITY 24 Dis. – Seorang remaja Palestin meninggal dunia hari ini sembilan hari selepas dia cedera terkena tembakan tentera Israel semasa menyertai bantahan terhadap keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara rejim Zionis. Jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, Mohammad Sami al-Dahduh, 19, dari Gaza City ditembak 15 Disember lalu selepas terlibat […]