Umat Islam dimohon ketepikan ideologi demi kepentingan agama

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Umat Islam di Malaysia diharap mengetepikan perbezaan termasuk dari segi ideologi tertentu demi melindungi kepentingan agama dan hak-hak orang Islam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Kata beliau, rakyat boleh menilai bagaimana Amerika Syarikat (AS) mampu menafikan hak penduduk Palestin apabila menyokong pemindahan ibu negara Israel […]

Wanita New Zealand jijik pakaian pramugari Malaysia seksi      

KOTA BHARU 14 Jan. – Syarikat penerbangan di negara ini sekali lagi digesa supaya menguatkuasakan pakaian yang menutup aurat untuk setiap pramugarinya supaya tidak menjejaskan imej dan memberikan tanggapan yang salah terhadap Malaysia. Ahli Dewan Undangan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, beliau telah menerima sepucuk surat daripada seorang wanita warga New Zealand yang melahirkan […]

Kerajaan Terengganu sediakan bidang kemahiran bantu golongan mak nyah

KUALA TERENGGANU 14 Jan. – Kerajaan negeri akan membantu golongan mak nyah yang mahu mengubah hidup mereka ke arah yang lebih positif bagi mengikuti pelbagai bidang kemahiran untuk mencari punca pendapatan yang tetap, kata seorang anggota Exco negeri. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata dengan langkah itu diharap dapat […]

Seks bebas antara penyumbang peningkatan HIV/AIDS

KUALA TERENGGANU 14 Jan. – Jika sebelum ini penyakit HIV/AIDS merebak kerana perkongsian jarum suntikan oleh penagih dadah, trend itu berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila penyakit itu dikesan menular akibat kegiatan seks bebas. Timbalan Setiausaha Agung Majlis Aids Malaysia (MAC), Elisha Kor Krishnan, berkata trend penularan HIV/AIDS di negara ini naik mendadak kepada […]