Home » Langit Terbuka » Umat Islam dimohon ketepikan ideologi demi kepentingan agama

Umat Islam dimohon ketepikan ideologi demi kepentingan agama

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan para jemaah ketika menghadiri Majlis Muhabbah Rasulullah di Masjid Al-Bukhary Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Umat Islam di Malaysia diharap mengetepikan perbezaan termasuk dari segi ideologi tertentu demi melindungi kepentingan agama dan hak-hak orang Islam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kata beliau, rakyat boleh menilai bagaimana Amerika Syarikat (AS) mampu menafikan hak penduduk Palestin apabila menyokong pemindahan ibu negara Israel ke Baitulmuqaddis, dengan mengambil kesempatan terhadap kelemahan penduduk Islam dunia yang tidak bersatu.

Kata beliau, sekiranya umat Islam yang berjumlah hampir dua bilion di seluruh dunia bersatu, sudah pasti tiada pihak mampu memperlekehkan kesucian agama itu termasuk  mencipta istilah Islamophobia yang bertujuan mencemarkan imej agama.

“Jumlah penganut Islam agak ramai tetapi bagaikan buih di lautan, yang akan hilang dipukul ombak. Islam kini diasak teruk di seluruh dunia.

“Di Malaysia, biarpun berbeza pegangan ideologi, dimohon perbezaan itu dinoktahkan dan kita mencari titik persamaan serta bersatu supaya kita dihormati dan dijadikan negara Islam contoh,” katanya ketika menghadiri Majlis Muhabbah Rasulullah di Masjid Al-Bukhary Jalan Hang Tuah di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Abidin Mohd. Rafique,  penceramah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid dan Maulana Al Sheikh Afeefuddin Al Jailani.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *