Kemas kini maklumat terkini pendeposit TH

KUALA LUMPUR 19 Jan. –  Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati pendeposit mengemaskini profil peribadi bagi mengelakkan tidak menerima surat tawaran haji berikutan bertukar alamat. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah, berkata ketika ini jumlah pendeposit TH ialah seramai 9.3 juta orang, namun hanya 2.9 juta pendeposit membuat pengemaskinian profil […]

Halang solat, pekerja dibuang

PETALING JAYA 19 Jan. – Media sosial kecoh apabila pekerja cawangan rangkaian barangan sukan berpangkalan di United Kingdom (UK) yang beroperasi di sebuah premis di pusat membeli-belah di ibu negara didakwa dilarang bersolat semasa waktu kerja. Ia tular selepas satu paparan skrin perbualan dalam aplikasi kumpulan WhatsApp cawangan itu dimuat naik di beberapa Instagram pada […]

Parodi boleh jatuh haram

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Video lelaki berpakaian wanita melakukan tutorial solekan, aksi tarian ghairah meniru gaya selebriti Barat dan berucap seperti pemimpin dengan menukar dialog berbaur kontroversi antara parodi yang menarik perhatian ramai sehingga viral di media sosial. Aksi ini lazimnya, cepat dikongsi secara meluas dan mendapat jutaan ‘likes’, dan ada netizen memberi pelbagai […]

10 permohonan cerai sehari di Terengganu

KUALA TERENGGANU19 Jan. – Secara purata, sebanyak 10 permohonan cerai dikemukakan di negeri ini setiap hari. Ia termasuk permohonan cerai taklik dan kes perceraian di luar mahkamah yang sebahagian besarnya membabitkan pasangan berumur 30 hingga 50 tahun. Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd, berkata punca perceraian yang banyak direkodkan oleh Jabatan Kehakiman […]

Duta AS kesal dengan penghinaan Trump

NEW YORK 19 Jan. – Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, semalam menyatakan rasa kesalnya kepada duta Afrika yang marah dengan gambaran negara benua itu sebagai ‘jijik’ oleh Presiden Donald Trump. Haley meminta untuk bertemu duta Afrika di PBB selepas mereka menyiarkan kenyataan bersama semalam menuntut Trump meminta maaf di atas […]

Curang di Facebook, WhatsApp antara punca perceraian

KUALA TERENGGANU 19 Jan. – Curang di media sosial termasuk salah guna aplikasi Facebook dan WhatsApp adalah antara faktor penyumbang kepada kadar perceraian dan kerosakan rumahtangga. Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, penggunaan sosial media itu boleh menimbulkan keraguan pasangan yang akhirnya menjerumus kepada perceraian. Ia juga dikenalpasti antara penyebab berlakunya […]

30 kedai, masjid musnah terbakar

KINABATANGAN 19 Jan. –  Sederet kedai 30 pintu jenis tidak kekal dan sebuah masjid musnah dalam kebakaran di Kampung Paris 3, dekat sini, awal pagi tadi. Tiada kecederaan atau kematian dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata bomba menerima panggilan pada jam 2.34 […]

Dimensi baharu sistem pondok

JELI 18 Jan. – Pusat Dakwah Jeli atau lebih dikenali dengan Pondok Moden telah memberikan satu dimensi baharu kepada sistem pengajian pondok yang diamalkan di negara secara tradisional. Penasihat pusat tersebut, Dr. Mohd. Nasir Mohd. Nor berkata, perbezaan yang pa­ling ketara ialah daripada aspek fizikal dengan kemudahan pusat pembelajaran yang lebih selamat dan tersusun. Beliau […]