Dividen KWSP: Kenapa dividen syariah lebih rendah?

PADA Sabtu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dua dividen berbeza buat pertama kali dalam sejarah kumpulan itu. Badan tersebut mengisytiharkan dividen 6.9% bagi Simpanan Konvensional dan 6.4% bagi simpanan syariah, yang juga dividen tertinggi pernah diumumkan sejak penubuhan KWSP pada 1951. Ini melibatkan pembayaran sebanyak RM44.15 bilion bagi simpanan konvensional dan RM3.98 bilion bagi […]

OIC patut pelopori selesai masalah umat

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) meskipun kehadirannya baru sekitar satu perempat abad, ia bertindak memusatkan perhatian dunia Islam terhadap masalah-masalah politik, sosial dan ekonomi. Gerakan militan Negara Islam (IS) mungkin tidak berjaya menarik minat pihak tertentu di negara ini untuk menyertai kumpulan radikal itu sekiranya (OIC) memainkan peranan dengan cukup baik. Meskipun deklarasi yang dikeluarkan dalam […]

Arab Saudi bakal lantik pendakwa raya wanita pertama

  RIYADH 12 Feb. – Pejabat pendakwa raya awam Arab Saudi mengumumkan akan melantik wanita sebagai pendakwa raya buat kali pertama. Langkah itu selaras dengan usaha kerajaan negara ini untuk meningkatkan bilangan wanita bekerja di bawah pelan pembaharuan Arab Saudi. “Jawatan kosong dibuka kepada wanita untuk jawatan leftenan penyiasat di pejabat pendakwa raya awam,” umum […]

Sri Mulyani diiktiraf Menteri Terbaik di Dunia

DUBAI 12 Feb. – Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati dinobat sebagai Menteri Terbaik di Dunia. Menurut laporan Asian Correspondent, penganugerahan itu susulan peranannya yang bertanggungjawab dalam membantu menerajui bajet ekonomi terbesar di Asia Tenggara. Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shaikh Mohammad Rashid Al Maktoum menyampaikan anugerah tersebut pada Sidang Kemuncak Kerajaan Sedunia keenam […]

Pasukan Pink Angel tangani jenayah di kalangan kanak-kanak

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bekerjasama dengan Polis Kuala Lumpur mewujudkan pasukan ‘Pink Angel’ bagi mendekati masyarakat setempat dalam usaha menangani jenayah di kalangan remaja dan kanak-kanak. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pasukan itu yang melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi akan membantu pihak polis dalam mewujudkan […]

Tak perlu sambut Valentine’s Day

KUALA TERENGGANU 12 Feb. – Remaja Muslim diingatkan supaya tidak menjadikan sambutan hari kekasih atau Valentine’s Day sebagai budaya kerana khuatir ia akan membawa kepada perkara yang akan melanggar syariat Islam. Exco Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, sebagai Muslim, amalan sambutan itu terutama dalam kalangan pasangan kekasih dilihat tidak wajar diraikan. […]

Anggota tentera dituduh bunuh anak

PORT DICKSON 12 Feb. – Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh anak perempuannya Nur Aina Nabihah, 9, pada 31 Januari lalu. Tertuduh Mohammad Abdullah Mohamed, 35, didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Jalan Vista Jaya 5, Taman Vista Jaya, Lukut, antara jam 8.30 malam hingga 11.30 […]

718 pusat tahfiz perlu diselenggara, baik pulih

KOTA KINABALU 12 Feb – Kerajaan mengenal pasti 718 pusat tahfiz di seluruh negara yang perlu diselenggara dan dibaik pulih bagi meningkatkan aspek keselamatannya. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini 457 pusat tahfiz sudah menjalani proses pendawaian baharu, manakala selebihnya dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir Mac. […]

3.6 juta orang muda belum daftar pengundi

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Seramai 3.6 juta orang muda berusia 21 tahun ke atas termasuk golongan mahasiswa belum mendaftar sebagai pemilih untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, jumlah berkenaan mewakili 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi yang berdaftar iaitu seramai 14,806,185 orang. “Sehingga kini […]

Gaji guru KAFA dibayar dalam masa terdekat

  ALOR SETAR 12 Feb. – Kira-kira 3,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini dijangka akan menerima gaji masing-masing dalam masa terdekat. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) baru menerima peruntukan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan akan mengagihkan […]