Home » Langit Terbuka » Pasukan Pink Angel tangani jenayah di kalangan kanak-kanak

Pasukan Pink Angel tangani jenayah di kalangan kanak-kanak

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim menyampaikan Sijil Perlantikan kepada isterinya yang juga Penaung 'Pink Angels' Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kuala Lumpur Datin Seri Anizah Musa pada Majlis Makan Malam MCPF Kuala Lumpur bersama Polis Kuala Lumpur dan Media di TPC Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bekerjasama dengan Polis Kuala Lumpur mewujudkan pasukan ‘Pink Angel’ bagi mendekati masyarakat setempat dalam usaha menangani jenayah di kalangan remaja dan kanak-kanak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pasukan itu yang melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi akan membantu pihak polis dalam mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat.

“Mereka akan mendekati masyarakat setempat untuk bertanya khabar dan juga memberi kesedaran terutama kepada ibu bapa supaya menjaga sebaik-baiknya serta mengawasi setiap langkah anak mereka agar tidak didekati penjenayah yang ingin mengambil kesempatan.

“Kita hendak mendekati masyarakat dengan cara sebegini sesuai dengan cogan kata Polis Diraja Malaysia (PDRM), iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’,” katanya kepada Bernama ketika merasmikan penubuhan pasukan Pink Angel di Bukit Kiara malam tadi.

Beliau berkata, pasukan Pink Angel akan mengadakan bengkel kesedaran serta forum kepada remaja yang berpotensi menjadi sasaran jenayah rogol dan pemerdagangan.

“Seminar dan forum itu adalah khusus untuk memberi fokus kepada kanak-kanak agar  menjauhi diri mereka dan menutup peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *