Kerajaan tidak kompromi isu keselamatan negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mengenai isu keselamatan dan keamanan negara yang tidak boleh dipersendakan dan menjadi mainan politik oleh mana-mana pihak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata sememangnya kerajaan tidak pernah berkompromi dalam soal keselamatan dan keamanan negara, sama ada ancaman itu […]

Masjid UK buka pintu

LONDON: Masjid di United Kingdom (UK) dan Ireland membuka rumah ibadat itu untuk golongan gelandangan berlindung daripada cuaca sejuk melampau yang melanda Eropah sekarang. Eropah, termasuk UK dilanda cuaca sejuk melampau akibat tiupan angin Siberia dan Taufan Emma menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan isyarat merah di barat daya England serta selatan Wales untuk salji – tahap […]

Arab Saudi anjur maraton wanita pertama

RIYADH: Arab Saudi menganjurkan maraton pertama untuk wanita hujung minggu ini, lapor media tempatan, ketika negara konservatif itu berusaha meningkatkan sukan wanita. Ratusan pelari wanita, kebanyakannya memakai pakaian tradisi Islam, bersaing di wilayah Al-Ahsa, semalam. “Matlamat maraton adalah untuk mempromosikan larian dan memperkenalkan konsep sukan untuk semua, bagi cara hidup lebih menyihatkan,” lapor Al-Arabiya News, […]

Keangkuhan Trump semakin terserlah dalam isu Baitulmaqdis

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump sekali lagi menegaskan bahawa usaha yang dilakukannya di Baitulmaqdis adalah satu langkah yang tidak pernah dapat dilakukan presiden sebelum ini. Sambil menyifatkan ia sebagai satu kejayaan besar, Trump turut menegaskan bahawa Palestin perlu bersedia ke meja rundingan bersama Israel selain menerima hakikat itu. Jika tidak tegas Trump, Palestin tidak akan […]

Guatemala pindah kedutaan ke Baitulmaqdis Mei ini

WASHINGTON – Guatemala dijangka membuka kedutaannya di Baitulmaqdis Mei ini, dua hari selepas Amerika Syarikat (AS) berbuat demikian. Perkara itu diumumkan Presiden Jimmy Morales semasa berucap pada persidangan tahunan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Amerika Israel atau AIPAC di Washington pada Ahad. Pengumuman bekas pelawak itu disambut tepukan gemuruh para hadirin. “Kami (Guatemala) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai […]

67 peratus rakyat negara ini pengguna internet tegar

KUALA LUMPUR 5 Mac – Menurut Laporan Berita Digital 2017, sehingga akhir tahun lalu, sebanyak 67 peratus daripada 32.7 juta penduduk negara ini adalah pengguna internet yang tegar. Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Talib Zulpilip berkata, menurut laporan itu lagi, rakyat negara ini adalah pengguna tertinggi dan paling aktif di dunia untuk aplikasi […]

‘Tak sanggup buka tudung biarpun terdesak’

KUALA LUMPUR: Aktres Ardell kesal masih ada segelintir pihak membuat spekulasi dia sanggup membuka tudung dalam menghidupkan watak kerana terdesak mendapatkan tawaran berlakon. Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, memberitahu, masih ada pihak keliru dengan penampilan dirinya apabila menonton drama lama yang menampakkan dia tidak berhijab. “Apabila drama yang sudah lama selesai […]

29 tahun kekal daif

KEPALA BATAS: Beroperasi sudah memasuki tahun ke-29, namun infrastruktur dan kemudahan di Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Masjid An Nur, Jalan Rantau Panjang, di sini masih berada di takuk lama. Tinjauan mendapati 153 murid yang menuntut ilmu agama di situ terpaksa belajar dalam keadaan serba kekurangan apabila kebanyakan bilik darjah tidak mempunyai kelengkapan meja […]

Neelofa kekal ikon tahun memperkasa wanita 2018

SELEBRITI dan ahli perniagaan, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa masih kekal sebagai ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) yang diterima Januari lepas, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ia sekali gus menafikan dakwaan yang tular di blog media sosial yang mendakwa Neelofa digugurkan sebagai ikon wanita negara, kata kementerian itu. “Pihak kementerian melihat […]

Hidayah selepas mimpi lihat Kaabah

SEREMBAN: “Selepas mimpi melihat Kaabah pada Disember lalu, saya nekad memeluk Islam tanpa paksaan daripada sesiapa,” kata Jannatul Ferdoush Silvalingam, 37. Ibu kepada dua anak itu berkata, tiga hari selepas mendapat persetujuan daripada bapa dan adik-beradik mengenai niatnya itu, dia mencari seorang ustaz untuk mendapatkan pandangan. Katanya, dia memeluk Islam selepas mendapati hidupnya tidak tenteram […]