Home » Langit Terbuka » Arab Saudi anjur maraton wanita pertama

Arab Saudi anjur maraton wanita pertama

Ratusan wanita Arab Saudi menyertai pertandingan marathon. Foto : Al Arabiya

RIYADH: Arab Saudi menganjurkan maraton pertama untuk wanita hujung minggu ini, lapor media tempatan, ketika negara konservatif itu berusaha meningkatkan sukan wanita.

Ratusan pelari wanita, kebanyakannya memakai pakaian tradisi Islam, bersaing di wilayah Al-Ahsa, semalam.

“Matlamat maraton adalah untuk mempromosikan larian dan memperkenalkan konsep sukan untuk semua, bagi cara hidup lebih menyihatkan,” lapor Al-Arabiya News, memetik penyelia maraton, Malek al-Mousa, sebagai berkata.

Acara itu dilakukan selepas Riyadh menganjurkan separuh maraton antarabangsa pertamanya lewat Februari lalu, yang mencetuskan rungutan beberapa media negara berkenaan mengenai kekurangan ketara peserta wanita.

Pihak berkuasa dijangka menganjurkan satu lagi maraton untuk wanita di Makkah pada 6 April ini, lapor akhbar Okaz.

Dikenali sekian lama dengan langkah konservatif, Arab Saudi mengadakan pelbagai program pembaharuan sosial termasuk membenarkan wanita memandu. – AFP

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *