Galakkan anak-anak ke masjid, surau

Ali yang berumur 5 tahun apabila melangkah masuk ke masjid terus sahaja mendirikan solat sunat tahiyatul masjid. Selesai memberi salam, dibacanya al-Quran hingga bilal iqamat. Solat sunat rawatib juga tidak pernah ketinggalan. Kadang-kadang anak bertuah itu beriktikaf di masjid bagi mengisi malam dengan qiyamullail. Ini adalah luar biasa, mungkinkah dia jelmaan malaikat? Lumrahnya kanak-kanak pada […]

Cari rezeki dari sumber halal

Macam–macam manusia ada di dunia ini. Ada yang baik. Ada yang jahat. Ada yang kaya dan ada yang miskin. Ada yang telah diberikan rezeki lebih sehingga dilantik memegang pelbagai jawatan tinggi dalam organisasi, syarikat mahupun agensi. Malangnya pula sanggup menyeleweng meskipun gaji bulanannya mencecah puluhan ribu ringgit. Puncanya perbelanjaan melebihi pendapatan. Pendek kata, inilah gambaran […]

Islam terus tumbuh di Rusia

MOSCOW – Populasi Muslim di Rusia terus meningkat dari tahun ke tahun, dan sehingga kini terdapat 25 juta orang Islam di negara berkenaan. Mufti Rusia, Sheikh Rawil Gaynetdin berkata, terdapat dua faktor yang menyebabkan populasi Muslim di Rusia terus meningkat. “Pertama, kerana kadar kelahiran yang tinggi di kalangan keluarga Muslim dan kedatangan atau migrasi orang-orang […]

Tahera Rahman penyampai berita berhijab Amerika

Debut Rahman merupakan kejutan bagi penduduk Muslim setempat PUSAT PENYELIDIKAN PEW menyatakan terdapat 3.5 juta Muslim tinggal di Amerika Syarikat (AS) dan angka ini akan terus bertambah kerana mereka akan menjadi kelompok penganut agama terbesar kedua di negara Uncle Sam menjelang tahun 2040. Tetapi bagi seorang wartawan televisyen di AS, perkara itu hanyalah statistik di […]

Rempuh kedai Sikh disangka milik Muslim

LOUISIANA : Seorang bekas pembantu syerif simpanan berdepan tuduhan jenayah kebencian kerana merempuh sebuah kedai runcit kerana menyangka pemiliknya yang beragama Sikh adalah Muslim. Chad Horsley, 27, ditahan Isnin lalu dan didakwa atas tuduhan jenayah kebencian, kerosakan jenayah terhadap harta benda dan khianat jenayah, selain dua tuduhan menyamar sebagai anggota keamanan. Akhbar Baton Rouge Advocate […]

New Zealand giat tarik pelancong Muslim

PELANCONGAN Islam semakin menjadi fokus di banyak negara kini dan ini termasuklah New Zealand. Bagi menarik kemasukan pelancong Islam ke negara berkenaan, Tourism New Zealand telah mengeluarkan Panduan Makanan Halal yag lengkap dengan mekluma kulinar halal di negara itu. Pengarah Wilayah Selatan dan Asia Tenggara Tourism New Zealand, Steven Dixon menjelaskan, panduan berkenaan menunjukkan komitmen […]

Bekas hakim siasat rusuhan anti-Islam

COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena mengumumkan siasatan terhadap rusuhan anti-Islam itu yang memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di negara itu. Kenyataan dikeluarkan pejabatnya berkata, panel tiga hakim bersara akan menyiasat kegagalan undang-undang dan ketenteraman di Kandy yang mengakibatkan tiga kematian, 200 kecederaan selain kemusnahan lebih 200 perniagaan serta kediaman orang Islam dalam rusuhan empat […]

Sami kontroversi nafi dalang konflik di Rakhine

YANGON: Sami pelampau Myanmar, Wirathu, hari ini menegaskan retorik anti-Islamnya tiada kaitan dengan keganasan di negeri Rakhine, ketika tampil semula selepas diharamkan berucap selama setahun. Wiranthu adalah sami pelampau Buddha negara itu paling terkenal, yang muncul sebagai kuasa politik sejak peralihan negara itu daripada pemerintahan penuh tentera bermula 2011. Keganasan dilakukan ke atas komuniti Islam […]

Berita palsu tersebar lebih pantas

Kajian di AS mendapati berita bohong lebih mengujakan daripada perkara sebenar NEW YORK – Maklumat palsu di internet tersebar lebih pantas daripada kebenaran, kata sepasukan penyelidik kelmarin. Namun, berbeza dengan kepercayaan popular, sebahagian besar berita palsu itu disebarkan oleh manusia dan bukannya robot atau perisian automatik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science itu merupakan penyelidikan […]

Sami Buddha, aktivis lancar demonstasi senyap bantah rusuhan anti-Islam

COLOMBO 10 Mac – Beratus-ratus sami Buddha dan kumpulan aktivis berhimpun dan melakukan tunjuk perasaan secara aman di sini sebagai bentahan rusuhan anti Islam yang berlaku di bandar Kandy pada minggu ini. Kumpulan aktivis National Bhikku Front memaklumkan mereka menganjurkan demonstrasi itu sebagai menantang rusuhan keganasan yang dilihat boleh merosakkan perpaduan negara. Barisan pemimpin sami […]