Home » Langit Terbuka » Bekas hakim siasat rusuhan anti-Islam

Bekas hakim siasat rusuhan anti-Islam

Pihak keselamatan Sri Lanka berkawal bagi mengelakkan lebih banyak kejadian tidak diingini berlaku berikutan rusuhan yang tercetus di negara berkenaan.

COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena mengumumkan siasatan terhadap rusuhan anti-Islam itu yang memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di negara itu.

Kenyataan dikeluarkan pejabatnya berkata, panel tiga hakim bersara akan menyiasat kegagalan undang-undang dan ketenteraman di Kandy yang mengakibatkan tiga kematian, 200 kecederaan selain kemusnahan lebih 200 perniagaan serta kediaman orang Islam dalam rusuhan empat hari yang akhirnya terkawal pada Khamis lalu.

Sebelas masjid juga dirosakkan atau dimusnahkan sepenuhnya kumpulan penduduk Sinhalese, tetapi polis berkata keadaan kini terkawal selepas tentera dikerahkan mengawal.

Perintah berkurung di daerah yang terletak 115 kilometer di timur Colombo, akhirnya ditarik balik pada subuh ini tetapi tentera masih membuat rondaan bersama polis.

Kumpulan minoriti Islam Sri Lanka mengadakan solat Jumaat, semalam, di bawah kawalan ketat tentera di seluruh negara susulan kebimbangan serangan baru dilancarkan.

Bagaimanapun, tiada kejadian berlaku semalam, kata pihak berkuasa.

Ratusan sami Buddha dan aktivis melakukan bantahan di Colombo, semalam, mengutuk serangan anti-Islam dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya.

Hampir 150 orang termasuk dalang kekacauan perkauman itu sudah ditahan polis. Suspek utama adalah Amith Weerasinghe, lelaki Sinhalese Buddha yang terkenal aktivis anti-Islam yang lantang menyuarakan pandangan di media sosial.

Kerajaan mengisytiharkan darurat, Selasa lalu, selepas kekacauan menjadi semakin teruk susulan penemuan mayat seorang lelaki Islam dalam bangunan yang terbakar, sehari selepas seorang lelaki Sinhalese mati akibat kecederaan dalam serangan oleh sekumpulan lelaki Muslim.- HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *