Home » Langit Terbuka » Sami kontroversi nafi dalang konflik di Rakhine

Sami kontroversi nafi dalang konflik di Rakhine

 Wirathu. Foto : IBTIMES

YANGON: Sami pelampau Myanmar, Wirathu, hari ini menegaskan retorik anti-Islamnya tiada kaitan dengan keganasan di negeri Rakhine, ketika tampil semula selepas diharamkan berucap selama setahun.

Wiranthu adalah sami pelampau Buddha negara itu paling terkenal, yang muncul sebagai kuasa politik sejak peralihan negara itu daripada pemerintahan penuh tentera bermula 2011.

Keganasan dilakukan ke atas komuniti Islam seluruh Nyambar, tetapi paling teruk adalah minoriti Islam Rohingya di Rakhine, yang dilihat sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh atau digelar Benggali.

Hampir 700,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak tentera melancarkan kempen kekerasan susulan serangan ke atas pos polis dan tentera pada 25 Ogos lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan kekejaman itu sebagai pembersihan etnik dan kemungkinan pembunuhan beramai-ramai.

Rakhine berhadapan ‘keganasan Benggali’ kata Wiranthu hari ini, menolak dakwaan beliau mencipta konflik di negeri itu.

Beliau menyatakan keamanan yang dinikmati di tempat kelahirannya, Mandalay.

“Jika Wiranthu mencetuskan konflik, Mandalay akan menjadi abu.

“Dunia tidak mengetahui kebenaran ini,” katanya, merujuk kepada diri sendiri di majlis di Yangon. – Reuters

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *