Kaedah Siyasah Syariyyah pendekatan terbaik selesai masalah kehidupan

KUALA LUMPUR 29 Mac – Kaedah Siyasah Syariyyah merupakan pendekatan terbaik dalam menyelesaikan masalah kehidupan masyarakat dan bernegara walaupun melibatkan hubungannya dengan yang bukan Islam. Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Mohd. Zaidi Ramli berkata, apabila melibatkan hubungan dengan bukan Islam hendaklah dilaksanakan meneruskan proses ijtihad (perundingan) secara ilmiah, mengambil kira faktor sejarah, […]

Politik dendam, perebutan kuasa ancam kestabilan politik negara

KUALA LUMPUR 29 Mac – Perjuangan politik berpaksikan kepada dendam dan perebutan kuasa akan menimbulkan fenomena permusuhan sesama sendiri sekali gus mengancam kestabilan politik negara. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, menurut pandangan Imam al-Ghazali, perjuangan seumpama itu adalah tidak beretika yang menyebabkan negara dan rakyat berada dalam keadaan […]

Burukkan kerajaan dalam media sosial, ciri Khawarij

KUALA LUMPUR: Tindakan menjatuhkan kerajaan secara tidak sah seperti melalui demonstrasi, memburuk-burukkan pemerintah dan melemparkan kecaman di laman sosial adalah percikan kecil kepada ciri pemikiran khawarij. Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Wan Zahidi Wan Teh, berkata perbuatan sebegitu tidak boleh dibenarkan kerana percikan pada peringkat awal itu boleh menjadi ancaman, selain bertentangan dengan kaedah […]

YADIM anjur simposium mengenai ketatanegaraan Islam

KUALA LUMPUR 29 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menganjur program Simposium Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Peradaban Politik Masa Kini bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Program ini diadakan dengan tujuan memberi kesedaran dan kefahaman yang jelas kepada masyarakat khususnya […]

Jakim menyambut baik RUU Anti Berita Tidak Benar

KUALA LUMPUR 29 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyambut baik pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar 2018 kerana ajaran Islam sendiri sangat melarang dan memandang keji penyebaran berita-berita palsu. Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, sebelum ini umat Islam diberi penjelasan dari aspek nasihat dan dakwah mengenai peri pentingnya […]

Subsidi haji tahun ini RM400 juta

KUALA LUMPUR: Kadar subsidi perlu ditanggung Tabung Haji (TH) bagi musim haji tahun ini meningkat daripada RM300 juta kepada RM400 juta berikutan pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT) lima peratus oleh kerajaan Arab Saudi. Bagaimanapun, kos mengerjakan haji bagi jemaah haji muassasah kali pertama kekal RM9,980 susulan arahan Datuk Seri Najib Razak supaya TH tidak menaikkan […]

‘Datin’ Rozita dipenjara lapan tahun

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara terhadap seorang suri rumah yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya, dua tahun lalu. Keputusan itu dibuat selepas pihak mahkamah mengetepikan hukuman bon berkelakuan baik yang dikenakan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ke atas tertuduh sebelum ini. Menerusi prosiding pagi Khamis, Hakim Datuk Tun Abd Majid […]

Muslim Care bantu 1,000 penduduk dari Ghoutah

KUALA LUMPUR : Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) akan membantu 1,000 penduduk dari Ghoutah, Syria yang kini melarikan diri sejauh 300 kilometer ke Idlib di utara negara berkenaan. Pengarah Pendidikan dan Misi Kemanusiaan Syria Muslim Care Nazmi Abdul Karim berkata, pihaknya akan melihat keperluan daripada aspek pakaian dan makanan memandangkan dua faktor itu penting untuk […]

Israel tahan kanak-kanak tiga tahun

TEL AVIV – Tentera rejim Zionis didakwa cuba memberkas seorang kanak-kanak Palestin berumur tiga tahun yang sedang bermain di luar rumahnya di bandar Hebron, Tebing Barat selama beberapa minit. Rakaman video yang dimuat naik oleh Raed Abu Rumaila itu menunjukkan tentera Israel turut menghambur kata-kata kesat kepada budak itu. Mereka bagaimanapun melepaskan kanak-kanak lelaki terbabit […]

MyHAC martabatkan industri halal negara

SEREMBAN: Pembinaan Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC), makmal halal pertama seumpamanya di dunia, membuktikan kerajaan mengutamakan pelaksanaan dan pencapaian dalam pembangunan Islam. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pembinaan makmal analisis halal itu adalah satu inisiatif yang baik bagi memartabatkan industri halal di persada antarabangsa. Katanya, pensijilan halal yang dilaksanakan Jabatan […]