Home » Langit Terbuka » Israel tahan kanak-kanak tiga tahun

Israel tahan kanak-kanak tiga tahun

Kanak-kanak terbabit ditahan selama beberapa minit oleh tentera rejim Zionis.

TEL AVIV – Tentera rejim Zionis didakwa cuba memberkas seorang kanak-kanak Palestin berumur tiga tahun yang sedang bermain di luar rumahnya di bandar Hebron, Tebing Barat selama beberapa minit.

Rakaman video yang dimuat naik oleh Raed Abu Rumaila itu menunjukkan tentera Israel turut menghambur kata-kata kesat kepada budak itu.

Mereka bagaimanapun melepaskan kanak-kanak lelaki terbabit selepas campur tangan keluarganya.

Menurut polis sempadan, budak itu dihantar kepada mereka sambil membawa pemutar skru untuk dibaling ke arah pasukan keselamatan terbabit yang mana mereka menyifatkan ia sebagai langkah provokasi.

Pelbagai versi punca insiden itu dipaparkan di internet malah ada yang melaporkan kononnya kanak-kanak tersebut cuba menikam tentera Israel dengan peralatan dapur.

Sejak tahun 2000, kira-kira 10,000 kanak-kanak Palestin berusia antara 12 dan 17 tahun ditahan secara tidak sah mengikut undang-undang di Tebing Barat. – Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *