Politik Islam tolak derhaka kepada pemerintah

USAHA Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menganjurkan Simposium Syiasah Syari’ah Dalam Konteks Peradaban Politik Masakini ketika demam pilihan raya umum sedang menampakkan simptonnya wajar puji walaupun ada pihak pada peringkat awal mempertikaikan keberhasilannya untuk mencapai objektif. Simposium yang berlangsung sehari itu berjaya menemukan empat intelektual […]

Pejabat Mufti diminta panggil Hanipa

Penjelasan perlu diberikan KUALA LUMPUR 31 Mac – Pihak berautoriti terutama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dipohon untuk memanggil Mohamed Hanipa Maidin bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan ‘kontroversi’ yang dibuat Ahli Parlimen Sepang dari PAN itu. Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad berkata, meskipun ungkapan ‘Kalau saya tuhan’ […]

Wanita bebas bersuara selagi tidak mendatangkan fitnah

KUALA LUMPUR, 1 April ― Islam tidak melarang wanita tampil bersuara apatah lagi menggunakan mikrofon, kata Mufti Kelantan. Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata suara wanita hanya dikira sebagai aurat jika dalam solat. “Suara wanita dalam sembahyang dikira aurat, tapi luar sembahyang bukan aurat, mereka bebas bersuara selagi tidak mendatangkan fitnah. “Kita lihat contoh isteri Nabi […]

India mahu Zakir Naik dibawa pulang

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Kerajaan India membuat permohonan rasmi untuk membawa pulang pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik. Sumber berkata, ia dibuat setelah Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) India selesai mengumpul segala bukti, lapor Times of India. “Kementerian hal ehwal luar telah menghantar permohonan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengekstradisi Zakir Naik selepas NIA menyelesaikan semua […]

Rusia mampu musnahkan 50 bandar AS

WASHINGTON – Penulis dan ahli akademik Amerika Syarikat (AS), James Petras berkata Rusia mampu memusnahkan sekurang-kurangnya 50 bandar besar di AS sekiranya Moscow melancarkan peledak nuklearnya ke negara Uncle Sam itu. Presiden Donald Trump dalam ucapannya minggu lalu menyindir Presiden Vladimir Putin bahawa Washington akan menang sekiranya Moscow menghidupkan semula perlumbaan senjata. “Sudah terang lagi […]

Krew kabin bakal pakai seluar panjang, elak gangguan seksual

KREW kabin wanita penerbangan Cathay Pacific akhirnya berjaya mendapatkan kelulusan untuk memakai seluar panjang. Syarikat penerbangan Hong Kong itu telah bersetuju staf penerbangan boleh memilih untuk memakai seluar, selepas mendapat tekanan daripada Persatuan Penerbangan Penerbangan Hong Kong Dragon Airlines. Beberapa krew telah mengadu bahawa memakai skirt pendek membuat mereka merasa tidak selesa – terutamanya apabila […]

Ingat, video lucah bukan hiburan! – Pakar kriminologi

KUALA LUMPUR: Masyarakat mungkin terlupa penyimpanan sebarang bentuk video lucah merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang. Pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, lebih mengejutkan ada pihak yang menganggapnya hiburan malah berkongsinya dalam bentuk pesanan termasuk di kumpulan-kumpulan aplikasi WhatsApp. Jelasnya, paling penting semua pihak harus berwaspada dan segera memadamkan video berkenaan jika ada […]

Ketagihan pornografi rosakkan otak

KUALA LUMPUR: Ketagihan menonton pornografi mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan sehingga mengakibatkan perceraian dan kehilangan nilai moral individu, selain menyebabkan kerosakan saraf otak. Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, berkata pengaruh pornografi kian membimbangkan apabila dikategorikan mengikut ‘selera’ pengikutnya Katanya, lebih bahaya pornografi mudah diakses dan dilanggan tanpa halangan […]

Darul Kifayah-MAIWP lahirkan peguam

KUALA LUMPUR 31 Mac – Berjaya menjadi peguam­bela, peguamcara serta peguam syari’e dan al-hafizah serta kini memiliki firma guaman sendiri iaitu Tetuan Fadzilah Kamaluddin & Co, Nurul Fadzilah Kamaluddin, 28, merupakan antara bekas warga Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah (Darul Kifayah), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang wajar dijadikan contoh serta inspirasi buat anak-anak […]

Lintas dua lokasi

KUALA LUMPUR: Satelit Tiangong-1 milik China memasuki atmosfera bumi bermula semalam dan dijangka melintasi Malaysia hari ini menerusi dua lokasi berbeza. Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Dr Noordin Ahmad berkata, lintasan pertama akan berlaku antara jam 2.14 pagi selama 30 saat pada ketinggian 166.712 kilometer (km) dan akan menjunam sehingga 166.611km. “Lintasan pertama itu […]