Haramkan Perkahwinan Bawah Umur Elak Eksploitasi Kanak-kanak

KUALA LUMPUR – Kerajaan boleh mengharamkan perkahwinan bawah umur bagi mengelakkan eksploitasi kanak-kanak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusuf Rawa. Katanya, kerajaan boleh campur tangan demi kepentingan awam dan imej agama Islam. “Jadi untuk lindungi masyarakat kita dan imej Islam, saya yakin Timbalan Menteri Besar Kelantan (Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah) […]

TVET@Tahfiz Sasar 2,900 Pelajar

KUALA LUMPUR – Dalam memperkasa sistem pendidikan pondok dan tahfiz, kerajaan telah memperkenalkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) TVET@Tahfiz bagi mendedahkan pelajar tahfiz di negara ini dengan kemahiran. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata program tersebut menyasarkan penyertaan 2,900 pelajar tahfiz daripada 108 pusat tahfiz, bermula Julai hingga Oktober ini. Beliau bagaimanapun […]

Semua Lembaga Pengarah Khazanah Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad mengesahkan semua sembilan ahli lembaga pengarah termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar telah meletakkan jawatan. Dalam kenyataan akhbar pagi ini, Khazanah berkata, langkah tersebut adalah bagi memudah cara peralihan yang lancar dan teratur oleh kerajaan baharu. “Ahli Lembaga Pengarah ini berbesar hati telah diberi peluang untuk berkhidmat dan […]

Premis Pelacuran, Mesin Judi Digempur

IPOH – Mempromosi perkhidmatan seks menerusi aplikasi Wechat dengan bayaran RM140 untuk tempoh 45 minit ‘bermain’ antara taktik digunakan sindiket pelacuran di Jalan Seenivasagam, di sini. Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menyerbu aktiviti maksiat yang bersembunyi di sebalik rumah urut itu. Dalam serbuan menerusi Ops […]

Tasik Besar Ditemukan Di Planet Marikh

TAMPA – Sebuah tasik besar bawah tanah ditemukan buat pertama kali di planet Marikh sekali gus meningkatkan kemungkinan lebih banyak air dan kehidupan lain yang wujud di planet itu. Ahli astronomi antarabangsa memaklumkan, tasik berukuran 20 kilometer besar itu ditemukan di bawah lapisan ais di planet tersebut. Menurut laporan penyelidik Itali yang disiarkan jurnal Science, […]