Home » Langit Terbuka » TVET@Tahfiz Sasar 2,900 Pelajar

TVET@Tahfiz Sasar 2,900 Pelajar

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata program tersebut menyasarkan penyertaan 2,900 pelajar tahfiz daripada 108 pusat tahfiz, bermula Julai hingga Oktober ini.

KUALA LUMPUR – Dalam memperkasa sistem pendidikan pondok dan tahfiz, kerajaan telah memperkenalkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) TVET@Tahfiz bagi mendedahkan pelajar tahfiz di negara ini dengan kemahiran.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata program tersebut menyasarkan penyertaan 2,900 pelajar tahfiz daripada 108 pusat tahfiz, bermula Julai hingga Oktober ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelas lanjut mengenai program tersebut.

Selain itu, melalui Pelan Induk Pendidikan Sepanjang Hayat (PISH), Maszlee berkata kementerian telah menawarkan Diploma Pengajian Perniagaan kepada pelajar-pelajar tahfiz bermula sesi Jun 2017 berserta Sijil Tahfiz Al-Quran, katanya menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) berkaitan isu pendidikan Islam di negara ini.

Apa yang pasti, pengukuhan elemen pengajian agama diperluaskan melalui aktiviti luar kelas seperti aktiviti kerohanian, Festival Quran di Hatiku dan Program Pratahfiz di peringkat politeknik yang terpilih, katanya. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1483754

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *