Pendekatan keras perlu hadapi terorisme, kata pakar

KUALA LUMPUR –  Pendekatan bagi menghadapi terorisme mungkin berbeza dari satu negara ke negara yang lain, tetapi ada waktunya pendekatan keras diperlukan, kata seorang pakar anti-terorisme. Andrin Raj, yang merupakan Pengarah Wilayah Persatuan Profesional Keselamatan dan Anti-Terorisme Antarabangsa (IASSP) di Pusat Kajian Keselamatan (CSS) berkata, pendekatan lunak semata-mata mungkin tidak mencukupi. Beliau memberi komen terhadap […]

Kekal semangat asal perjuangan Mara

KUALA LUMPUR – Orang Melayu khususnya generasi muda tidak perlu khuatir akan kelangsungan fungsi Majlis Amanah Rakyat (Mara) di bawah kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memberi jaminan itu berkata, semangat asal penubuhan institusi yang menjadi milik orang Melayu itu tetap akan dipertahankan. Beliau berkata, kerajaan […]

SPRM sita wang tunai RM280,000

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyita lagi wang tunai dianggarkan bernilai RM280,000 dipercayai hasil penyelewengan wang peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Menurut sumber, jumlah sitaan yang dilakukan SPRM sehingga kini telah mencecah RM1.47 juta. “Bagaimanapun, tiada sebarang kenderaan yang disita SPRM hari ini,” katanya, hari ini. Rabu lalu, sebanyak […]

Hari Raya Aidiladha jatuh pada 22 Ogos 2018

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Rabu 22 Ogos ini, demikian diumumkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, malam ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia […]