Home » Langit Terbuka » Pendekatan keras perlu hadapi terorisme, kata pakar

Pendekatan keras perlu hadapi terorisme, kata pakar

Keadaan yang dihadapi berbeza dari satu negara ke negara lain, tetapi ada masanya pendekatan keras diperlukan kerana pendekatan lunak semata-mata tidak mencukupi dalam menangani keganasan, menurut pakar

KUALA LUMPUR –  Pendekatan bagi menghadapi terorisme mungkin berbeza dari satu negara ke negara yang lain, tetapi ada waktunya pendekatan keras diperlukan, kata seorang pakar anti-terorisme.

Andrin Raj, yang merupakan Pengarah Wilayah Persatuan Profesional Keselamatan dan Anti-Terorisme Antarabangsa (IASSP) di Pusat Kajian Keselamatan (CSS) berkata, pendekatan lunak semata-mata mungkin tidak mencukupi.

Beliau memberi komen terhadap kenyataan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berhubung penggunaan pendekatan lunak bagi menangani keganasan dan terorisme, bukannya pendekatan ketenteraan.

Hishamuddin yang mempersoalkan keputusan Putrajaya menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) berkata, tujuan tunggal pusat itu ialah meneroka penggunaan pendekatan lunak dalam menghadapi keganasan dan terorisme kerana pendekatan keras tampak kurang berhasil.

Andrian berkata, proses radikalisasi di Arab Saudi berbeza dan KSCIP mungkin tidak berkemampuan mengatasi keganasan dan terorisme di rantau Asia Tenggara kerana masyarakatnya berbilang budaya dan agama.

“Oleh sebab itu pakar agama dan anti terorisme dari rantau itu diperlukan untuk mengatasi ancaman di Malaysia dan serantau. Malaysia kini menggunakan sistem 2 pendekatan, iaitu lunak dan keras bagi menghadapi ancaman berkenaan.

“Keadaan yang dihadapi berbeza dari satu negara ke negara lain, tetapi ada masanya pendekatan keras diperlukan kerana pendekatan lunak semata-mata tidak mencukupi,” ujarnya.

Ketika ditanya apakah Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas) boleh menggantikan peranan KSCIP, Andrian berkata ia mestilah melibatkan pakar anti-kenanasan dan anti-naratif yang tahu bagaimana untuk menangani ancaman tersebut.

Pakar keselamatan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohamad Faisol Keling pula berkata, Midas perlu dikembangkan bagi menjadikannya lebih produktif dan berkesan, dan memastikan keselamatan negara tidak dikompromi.

“Keputusan kerajaan membayangkan keyakinannya dalam menghadapi ancaman ini dan ia tentulah didasarkan kepada cadangan penasihat pertahanan dan pegawai kanan angkatan tentera,” katanya lagi.

 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/12/pendekatan-keras-perlu-hadapi-terorisme-kata-pakar

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *