Home » Langit Terbuka » Kekal semangat asal perjuangan Mara

Kekal semangat asal perjuangan Mara

Menteri Belia dan Sukan memberi jaminan semangat asal penubuhan Mara tetap akan dipertahankan

KUALA LUMPUR – Orang Melayu khususnya generasi muda tidak perlu khuatir akan kelangsungan fungsi Majlis Amanah Rakyat (Mara) di bawah kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memberi jaminan itu berkata, semangat asal penubuhan institusi yang menjadi milik orang Melayu itu tetap akan dipertahankan.

Beliau berkata, kerajaan hanya menjalankan usaha-usaha untuk memperbetulkan urus tadbirnya sahaja demi membersihkan Mara daripada sebarang penyelewengan.

“Ini merupakan isu yang dekat dengan hati kita semua dan sebab itu dalam bab ini, kita perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan sekalipun.

“Pembersihan akan dibuat tetapi institusi tersebut dan semangat asal perjuangannya tetap akan dikekalkan,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan penubuhan Pertubuhan Cintai Malaysia di Kota Damansara dekat sini hari ini.

Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai teguran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan para menteri Kabinet perlu lebih sensitif dengan pandangan orang ramai berhubung isu Mara.

 

https://www.utusan.com.my/berita/politik/kekal-semangat-asal-perjuangan-mara-1.727449

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *