Lelaki ditahan hina agama Islam

SHAH ALAM – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya menghina agama Islam dengan cara memuat naik rakaman video di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah kawasan di Johor Bahru kira-kira pukul 3.40 pagi tadi […]

Kad prabayar dikecualikan SST

KOTA KINABALU – Pembelian kad tambah nilai prabayar akan dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta-merta. Pengumuman itu dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika berucap dalam Majlis Taklimat Pelaksanaan SST di sini hari ini. Beliau turut memberi jaminan untuk memperbaiki setiap kelemahan yang wujud dalam pelaksanaan sistem percukaian tersebut demi kebaikan semua pihak. […]

Perlu SOP urusan ibu susuan

KUALA LUMPUR – Hukum menjadi ibu susuan adalah harus di dalam Islam, namun kedua-dua pihak sama ada pemberi mahupun penerima perlu teliti dan sebaiknya dibekalkan dengan dokumen rasmi supaya tidak menimbulkan masalah kelak. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihak hospital yang menguruskan perkara itu perlu ada prosedur operasi standard (SOP) terbaik dengan merekodkan […]

Isma galakkan wanita Islam sertai misi kemanusiaan

PUTRAJAYA – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggalakkan wanita Islam negara ini menyertai misi kemanusian bagi mencapai kebahagian dengan menyantuni mereka yang diuji dengan pelbagai ujian. Naib Presidennya, Prof Zainur Rashid Zainuddin berkata, meskipun umat Islam mempunyai populasi satu per empat di dunia yang menjadikan ia populasi sangat besar, mereka masih lagi ditindas. “Kita masih boleh […]

Isu SST untuk kad prabayar dalam perhatian KKMM

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengambil maklum berhubung aduan pengguna berkaitan caj Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikenakan terhadap kad tambah nilai prabayar telefon bimbit, kata menterinya, Gobind Singh Deo. “Buat isu SST untuk ‘prepaid’ (prabayar), perkara ini dalam perhatian KKMM. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat berkenaannya,” kata Gobind […]