Home » Langit Terbuka » Lelaki ditahan hina agama Islam

Lelaki ditahan hina agama Islam

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah kawasan di Johor Bahru kira-kira pukul 3.40 pagi tadi - Utusan Malaysia

SHAH ALAM – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya menghina agama Islam dengan cara memuat naik rakaman video di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah kawasan di Johor Bahru kira-kira pukul 3.40 pagi tadi oleh sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Satu laporan polis telah dibuat pada Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Selepas kita menerima laporan berkaitan video yang tular dilaman sosial berkaitan seorang lelaki menghina agama Islam, kita berjaya menahan lelaki berkenaan di sebuah kawasan di Johor Bahru pagi tadi,” katanya.

Tambahnya, lelaki itu ditahan reman sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan keresahan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *