Home » Langit Terbuka » Isma galakkan wanita Islam sertai misi kemanusiaan

Isma galakkan wanita Islam sertai misi kemanusiaan

Dengan menyertai misi kemanusiaan, wanita boleh membantu dari segi ekonomi dan teknologi. Di samping itu, kita juga boleh membantu mereka mengurangkan tekanan dan kemurungan disebabkan bencana dan sebagainya, jelas Naib Presiden Isma

PUTRAJAYA – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggalakkan wanita Islam negara ini menyertai misi kemanusian bagi mencapai kebahagian dengan menyantuni mereka yang diuji dengan pelbagai ujian.

Naib Presidennya, Prof Zainur Rashid Zainuddin berkata, meskipun umat Islam mempunyai populasi satu per empat di dunia yang menjadikan ia populasi sangat besar, mereka masih lagi ditindas.

“Kita masih boleh lihat umat Islam merempat di luar dan dalam negara. Tanah Palestin contohnya, ia dijajah selama enam dekad oleh rejim Zionis yang disokong oleh kuasa besar antarabangsa.

“Dengan menyertai misi kemanusiaan, kita boleh membantu mereka dari segi ekonomi dan teknologi. Di samping itu, kita juga boleh membantu mereka mengurangkan tekanan dan kemurungan disebabkan bencana dan sebagainya.

“Kita juga boleh menyumbang banyak perkara antaranya mengambil peduli dengan membaca dan berkongsikan sejarah kepada anak-anak kita serta masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kertika berucap di Konvensyen Wanita Islam (Konwanis 2018), bertajuk ‘Misi Kemanusiaan: Melihat Wanita Merentas Sempadan’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam pada itu, Prof Dr Zainur Rashid berani beri jaminan dengan menyertai misi kemanusian dapat memberikan kepuasan dan menjadikan kita ingin lebih banyak menyumbang kepada umat, negara dan dunia luar.

“Kita boleh mempelajari banyak perkara dengan menyertai misi kemanusian. Ia secara tidak langsung memberi kesan menggunakan nikmat yang diberi dalam memartabatkan agama, memajukan negara dengan membawa generasi ini ke fasa berikutnya,” katanya.

Justeru, beliau menyeru organisasi sempadan menyuburkan dan memperluaskan lagi misi kemanusiaan ini. – Ismaweb

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *