Bekas suami gagal bayar nafkah bakal berdepan sekatan bank

PUTRAJAYA – Bekas suami yang gagal membayar nafkah kepada anak-anak dan bekas isteri bakal berdepan tindakan sekatan bank. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) telah mengadakan perbincangan untuk melaksanakan tindakan berkenaan dalam usaha memperkasakan penguatkuasaan terhadap mereka yang ingkar perintah mahkamah. Menurut beliau, […]

Edar Bible depan sekolah bukan jenayah – MAINPP

PULAU PINANG – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak bercadang membuat laporan polis berhubung tindakan beberapa individu yang didakwa mengedar kitab Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam di sini yang tular baru-baru ini. Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, ini kerana perbuatan berkenaan bukan kesalahan jenayah selain MAINPP sendiri […]

Jangan melampau buat andaian mengenai ICERD – Mujahid

KEPALA BATAS – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat andaian melampau membabitkan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sehingga ia boleh mencetuskan persepsi negatif dan keretakan hubungan antara kaum. Ahli Parlimen Parit Buntar itu, berkata andaian yang mengatakan bahawa […]

Sekretariat Zenith senarai 8 tuntutan kepada UNHRC

GEORGETOWN – Sekretariat Zenith yang dianggotai tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggariskan lapan tuntutan yang akan diketengahkan dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang akan berlangsung di Geneva, Switzerland, Khamis ini. Sekretariat itu dianggotai Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM); Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia serta Gerakan Peguam Muda Muslim. Antara […]

Hebahan Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM di Selamat Pagi Malaysia

KUALA LUMPUR – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus mempromosikan program Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM (KKSY), menerusi pelbagai medium bagi memastikan ia mencapai impak maksimum Terbaharu hari ini (7 November), mereka bersiaran langsung menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia di Wisma TV, Angkasapuri, di sini. YADIM diwakili oleh Pengarah Bahagian KEMUDA, Ustaz […]