Home » Citra Yadim » Hebahan Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM di Selamat Pagi Malaysia

Hebahan Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM di Selamat Pagi Malaysia

KUALA LUMPUR – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus mempromosikan program Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM (KKSY), menerusi pelbagai medium bagi memastikan ia mencapai impak maksimum

Terbaharu hari ini (7 November), mereka bersiaran langsung menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia di Wisma TV, Angkasapuri, di sini.

YADIM diwakili oleh Pengarah Bahagian KEMUDA, Ustaz Mohd Sabir Abdul Ghani manakala Kolej Universiti Islam Melaka, selaku penganjur bersama dan tuan rumah diwakili oleh Naib Chanselornya, Y.Bhg Profesor Datuk Dr Hj Mohd Taib Dora.

Semasa diwawancara, Mohd Sabir berkata, KKSY menawarkan platform kepada ahli Sahabat YADIM untuk menyuarakan pandangan dan cadangan kepada pihak berwajib menerusi saluran yang betul.

“Ia juga memberi peluang kepada ahli untuk berkenalan dan bertukar pandangan sesama mereka, serta berhujah mengenai hala tuju, kerana jemputan menghadiri program adalah untuk ahli ahli SY dari seluruh negara, pada ketika ini terdapat lebih 16 ribu ahli dari 30 universiti universiti seluruh negara, “ katanya.

Tambah beliau,  perasmian program bakal dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Dalam pada itu, Mohd Taib berkata, KUIM dipilih sebagai tuan rumah tahun ini kerana mereka adalah Johan Anugerah Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2017 iaitu Anugerah Organisasi Pimpinan Universiti Terbaik Dan Pentarbiyahan Terbaik.

“Justeru selaku johan tahun lepas, kami diberi penghormatan sebagai tuan rumah, di KUIM SY kami sememangnya aktif dalam menjalankan kegiatan mereka, terdapat hampir 400 ahli SY di KUIM, jelas beliau.

Tambahnya, penganjuran KKSY kali ini amat bertepatan waktunya, kerana ia memberi publisiti dan impak besar pada KUIM.

“YADIM hadir tepat pada masanya, tidak dapat dinafikan KKSY akan menaikkan nama KUIM, bersesuaian waktunya kerana kami akan mengadakan pengambilan pelajar baru Disember ini,”katanya lagi.

 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *