Mufti Negeri Sembilan nafi saran batal himpunan ICERD

BANGI – Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa beliau menyarankan perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini tidak diteruskan. Kesal dengan perkara itu, Mohd Yusof menjelaskan, beliau tidak menyatakan supaya perhimpunan membantah konvensyen antarabangsa itu ditangguh atau dibatalkan seperti dilapor […]

TH jamin simpanan pendeposit selamat

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung (TH), Datuk Seri Zukri Samat hari ini memberi jaminan kepada semua pendeposit bahawa simpanan mereka selamat. Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Bernama mengenai kesan laporan polis baru-baru ini terhadap bekas Pengerusi TH, bekas pegawai eksekutif dan kakitangan pengurusan kanan. Beliau berkata, laporan […]

Jawatankuasa Majlis Peguam dimonopoli kumpulan tolak ICERD

BANGI – Keputusan pemilihan pusingan pertama Jawatankuasa Majlis Peguam yang diumumkan semalam, menyaksikan calon menyokong meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), tersingkir. Keputusan itu sekali gus menyaksikan peguam yang menyokong mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menolak ICERD lebih ramai iaitu lapan berbanding dua. Calon yang tewas termasuk, peguam kontroversi Siti Zabedah Kasim […]

KPKT rangka akta pembangunan rumah ibadat

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka satu akta bagi memastikan rumah ibadat yang belum dibina mendapat kelulusan terlebih dahulu, kata Menterinya, Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata, sekiranya akta berkenaan wujud, pihaknya akan membuat satu undang-undang kecil. “Kita juga akan mengadakan satu ’pembersihan’ dari segi mendapatkan pendaftaran rumah ibadat dan kedudukan mereka […]

Perhimpunan untuk tegas isu semasa

KUALA LUMPUR – Perhimpunan aman yang diatur pada 8 Disember ini relevan untuk menegaskan isu-isu semasa yang membabitkan kepentingan umat Islam dalam suasan mereka memerlukan siasah yang jelas saat ini. Pandangan itu dilontarkan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang percaya perkembangan semasa menyaksikan umat Islam gusar dengan dan ruang wajar diberikan kepada […]