Home » Langit Terbuka » Perhimpunan untuk tegas isu semasa

Perhimpunan untuk tegas isu semasa

Mufti Perlis berkata, himpunan 8 Disember ini hendaklah menjadi satu perhimpunan rentas parti dan rentas kepentingan kelompok - Foto Malay Mail

KUALA LUMPUR – Perhimpunan aman yang diatur pada 8 Disember ini relevan untuk menegaskan isu-isu semasa yang membabitkan kepentingan umat Islam dalam suasan mereka memerlukan siasah yang jelas saat ini.

Pandangan itu dilontarkan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang percaya perkembangan semasa menyaksikan umat Islam gusar dengan dan ruang wajar diberikan kepada mereka untuk menzahirkan keresahan itu dalam suasana yang aman.

Beliau turut menegaskan, perhimpunan berkenaan boleh dianggap sebagai ikhlas dan berkepentingan umat jika bebas daripada slogan kepartian.

“Ia hendaklah satu perhimpunan rentas parti dan rentas kepentingan kelompok. Perhimpunan untuk umat daripada umat dan kepada umat.

“Perhimpunan itu juga tidak boleh menjadi seruan yang menzalimi mana-mana agama dan bangsa lain yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap umat Islam. Seruan Islam mengajak kepada keharmonian hidup bersama mereka yang cintakan kedamaian,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau, hari ini. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *