Home » Langit Terbuka » Mufti Negeri Sembilan nafi saran batal himpunan ICERD

Mufti Negeri Sembilan nafi saran batal himpunan ICERD

Mufti Negeri Sembilan menjelaskan, beliau tidak menyatakan supaya perhimpunan membantah konvensyen antarabangsa itu ditangguh atau dibatalkan seperti dilapor akhbar terbabit dua hari lalu - Foto NSTP

BANGI – Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa beliau menyarankan perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini tidak diteruskan.

Kesal dengan perkara itu, Mohd Yusof menjelaskan, beliau tidak menyatakan supaya perhimpunan membantah konvensyen antarabangsa itu ditangguh atau dibatalkan seperti dilapor akhbar terbabit dua hari lalu.

Beliau berkata, perhimpunan yang bakal diadakan di Kuala Lumpur itu boleh diteruskan sekiranya mendapatkan kebenaran dan permit daripada pihak berkuasa.

“Saya tidak ada menyatakan supaya perhimpunan membantah ICERD itu ditangguhkan atau dibatalkan. Sebaliknya, saya menyebut penganjur perlu ikut dan patuh kepada keputusan pihak berkuasa.

“Jika ianya dibenarkan, patuhilah peraturan yang ditetapkan untuk berhimpun,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Laporan yang disiarkan sebuah akhbar tempatan itu mendakwa beliau menggesa supaya penganjuran himpunan ICERD minggu depan tidak diteruskan, bagi mengelak kejadiaan tidak diingini.

Beliau dilaporkan mendakwa, perhimpunan yang pernah diadakan sebelum ini mencetuskan pelbagai kekecohan, sekali gus menyarankan supaya ia dibatalkan. – Ismaweb

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *