Tiada lagi stesen minyak beroperasi 24 jam

SHAH ALAM – Pengusaha stesen minyak di negara ini akan mempertimbangkan memendekkan operasi mereka kepada 18 jam berbanding 24 jam sebelum ini dalam masa terdekat. Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, tindakan drastik itu adalah susulan penstrukturan semula harga petrol dan diesel secara mingguan bermula Isnin ini berbanding bulanan. […]

TH tawar ibu bapa Adib tunai haji

ALOR SETAR – Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan ibu bapa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, untuk menunaikan ibadat Haji pada musim tahun depan. Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof selepas melawat ibu bapa Allahyarham iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, dan Asma Aziz, 51 di rumah mereka […]

Pusat tahfiz: Kerajaan pinda akta

KUANTAN – Kerajaan akan meminda Seksyen 97 Akta 505 Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 (Wilayah Persekutuan) bagi mengawal selia sekolah tahfiz dan sebahagian sekolah agama di seluruh negeri. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh berkata, pindaan itu dibuat melalui sidang Dewan Rakyat bagi memperluaskan kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam mengawal selia […]

Arab Saudi tukar Menteri Luar, rombak Kabinet besar-besaran

RIYADH – Arab Saudi melakukan rombakan Kabinet besar-besaran, dalam apa yang dilihat oleh pengkritik sebagai tindakan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, memperkukuhkan laluannya untuk menduduki takhta. Dalam pengumuman diraja yang dikeluarkan, Ibrahim Al-Assaf dilantik ke jawatan Menteri Luar menggantikan Adel Al-Jubeir yang ditukarkan sebagai Menteri Negara bagi Hubungan Luar. Abdullah bin Bandar bin Abdulaziz dilantik […]