Sultan Muhammad V letak jawatan Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR – Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat-kuasa hari ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, berkata peletakan jawatan itu selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan. “Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutuskan kepada […]

Ketepikan perbezaan sesama umat Islam

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan seluruh umat Islam agar mengenepikan perbezaan sebaliknya meraikan persamaan dalam ajaran Islam. Titah baginda, apabila berlaku sesuatu perbezaan maka ingatlah bahawa persamaan sesama umat Islam lebih banyak iaitu Allah yang satu, rasul, kitab, imam, nasab dan sebagainya. “Oleh itu, kesatuan dan persaudaraan haruslah diupayakan […]

Saya sudah letak jawatan Presiden UIAM

SIMPANG RENGGAM – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengesahkan beliau sudah meletak jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak menandatangani surat peletakan jawatannya. Bagaimanapun Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, tidak menyatakan tarikh khusus bila beliau meletak jawatan termasuk menghantar surat peletakan jawatannya ketika ditanya media. “Ya, saya sudah letak jawatan bila […]

Inkues Muhammad Adib dijalankan dengan teliti, elak polemik

ALOR SETAR – Prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan dilaksana dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kelompangan dan dipolemikkan pihak tertentu. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, tidak timbul isu tentang perkara itu sengaja dilengahkan sebaliknya setiap proses dilakukan secara terbaik kerana ia merupakan isu nasional. […]

Tidak boleh guna ruang udara Malaysia untuk mendarat di Seletar

KUANTAN – Malaysia tetap berpegang kepada pendirian bahawa pesawat ingin mendarat di Lapangan Terbang Seletar, Singapura tidak boleh menggunakan ruang udara Malaysia di Pasir Gudang, Johor. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata perkara itu akan ditegaskan delegasi Malaysia yang diketuainya dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya, Dr Vivian Balakrishnan, Selasa ini. “Kita konsisten dengan pendirian kita […]