Home » Langit Terbuka » Sultan Muhammad V letak jawatan Yang di-Pertuan Agong

Sultan Muhammad V letak jawatan Yang di-Pertuan Agong

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, berkata peletakan jawatan itu selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan. - Foto AF

KUALA LUMPUR – Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat-kuasa hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, berkata peletakan jawatan itu selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja,” katanya dalam kenyataan hari ini. Berita Harian.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *