Tiada arahan mahkamah tangguh larangan merokok

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menegaskan bahawa sehingga kini tiada sebarang arahan daripada mahkamah supaya memberhentikan atau menangguhkan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di semua premis makanan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mesej yang sedang ditularkan melalui platform media sosial kepada orang awam yang menyatakan bahawa mahkamah telah memerintahkan larangan merokok di […]

NGO Islam pohon serah Deklarasi Rakyat tolak Israel kepada PM

PUTRAJAYA – Lebih 45 badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam berhimpun di perkarangan pintu masuk Masjid Putra, Putrajaya bagi menunjukkan solidariti terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung penolakan kemasukan atlet Paralimpik Israel ke negara ini. Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid, kesemua NGO itu menyokong sepenuhnya keputusan Perdana Menteri, […]