MAIPs dijangka beroperasi di kompleks sendiri pada 2021

KANGAR – Kompleks Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Jalan Pegawai di sini yang dijangka siap dan beroperasi menjelang penghujung 2021 diyakini dapat meningkatkan komitmen MAIPs dalam memberi perkhidmatan lebih baik kepada umat Islam. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah prasarana kompleks yang lengkap […]

Belanda hanya iktiraf Gaza, Tebing Barat tempat lahir Palestin

AMSTERDAM – Kerajaan Belanda mengumumkan akan mengiktiraf Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis sebagai tempat kelahiran rasmi bagi penduduk Palestin. Walaupun Belanda belum mengiktiraf negara Palestin, beberapa wilayah berkenaan diisytihar sebagai tanah asal Palestin, bagi penduduk yang dilahirkan selepas 15 Mei 1948 – apabila mandat British berakhir secara rasmi. Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha […]

Arwah Abdul Bari termasuk dalam kategori syahid

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd. yang terkorban ketika menyelamatkan lima sekeluarga daripada lemas di muara Sungai Terengganu sebagai pengorbanan para syuhada. Menurut Dr. Zulkifli, pengorbanan Allahyarham Abdul Bari untuk menyelamatkan kesemua mangsa dalam insiden tersebut adalah mulia dan dipandang tinggi dalam Islam. […]