Home » Langit Terbuka » Arwah Abdul Bari termasuk dalam kategori syahid

Arwah Abdul Bari termasuk dalam kategori syahid

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, pengorbanan Allahyarham Abdul Bari untuk menyelamatkan kesemua mangsa dalam insiden tersebut adalah mulia dan dipandang tinggi dalam Islam. - Foto OhBulan

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd. yang terkorban ketika menyelamatkan lima sekeluarga daripada lemas di muara Sungai Terengganu sebagai pengorbanan para syuhada.

Menurut Dr. Zulkifli, pengorbanan Allahyarham Abdul Bari untuk menyelamatkan kesemua mangsa dalam insiden tersebut adalah mulia dan dipandang tinggi dalam Islam.

“Pengorbanan Allahyarham Abdul Bari adalah mulia dan dengan izin Allah SWT termasuk dalam kategori syahid berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW bahawa ada lima kategori bagi orang yang mati syahid.

“Antaranya adalah mati kerana wabak taun, mati kerana sakit berkaitan perut, mati lemas, mati dihempap runtuhan dan mati syahid ketika berperang di jalan Allah,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya.

Mengulas lanjut, Dr. Zulkifli berkata, Allahyarham Abdul Bari wajar dijadikan contoh berikutan akhlaknya yang terpuji dan mencadangkan supaya keluarganya serta penyelamat-penyelamat lain diberi anugerah setimpal dengan keberanian mereka.

Katanya, musibah yang berlaku itu telah memberi kesedaran kepada orang ramai yang Malaysia masih mempunyai anak-anak muda berjiwa besar dan masyarakat perlu mendoakan agar lebih ramai yang akan mencontohi Allahyarham Abdul Bari. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *