Duda mengaku letak berhala di surau

KLANG – Seorang duda mengaku bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan meletakkan berhala di sebuah surau dan mencuri patung-patung berkenaan, minggu lalu, Tertuduh, Helmee Othman, 38, iaitu duda beranak empat mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman dan Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin. Bagi tuduhan […]

Subjek pengajian UM diiktiraf dunia

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu daripada universiti terbaik dunia melalui pencapaian dalam kedudukan 100 terbaik bagi peluasan subjek, 100 terbaik bagi 17 subjek dan 50 terbaik untuk tiga subjek. Tiga akademik disiplin yang menduduki dalam kalangan 50 terbaik termasuk Perpustakaan dan Pengurusan Maklumat (kedudukan ke-31), Pengajian Pembangunan (38) dan […]

‘Jangan tunggu ada kematian baru nak vaksin anak’

KUALA LUMPUR – Ibu bapa dan kumpulan antivaksin tidak seharusnya menunggu sehingga ada kes kematian untuk terbuka hati membenarkan pengambilan suntikan kepada anak sendiri. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berkata ia amat tidak adil kepada kanak-kanak yang tidak mengetahui badan mereka tidak pernah divaksin dan menjadi penyumbang kepada penyebaran penyakit dalam […]

Pakar beri amaran suhu sehingga 40°C di beberapa lokasi di Malaysia

PETALING JAYA – Pakar kaji cuaca memberi amaran berhubung kemarau melampau dan hujan lebat di negara ini akibat perubahan iklim global jika suhu dunia terus meningkat. Fredolin Tangang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata cuaca panas dan kering sekarang yang dijangka berlangsung sehingga April, diikuti dengan hujan lebat pada Mei, akan bertambah buruk jika suhu […]

Hina Nabi: Warga emas mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas yang bertindak biadab serta kurang ajar menghina Nabi Muhammad S.A.W dan isteri baginda, Saidatina Aisyah melalui laman Facebook pada 17 Februari lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Tertuduh, Wai Foo Sing, 68, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim M.M […]

Tangki penyelesaian alternatif Water For Life Kampung Gayau

W4Life

PUTRAJAYA – Pembinaan tangki atau kolah dicadangkan sebagai langkah penyelesaian alternatif untuk membekalkan air kepada penduduk Kampung Gayau, Pantu, Sri Aman, Sarawak. Pengurus  Besar Yayasan Amal Malaysia, Salleh Farmin berkata, ia bagi membolehkan penduduk di kampung berkenaan menikmati bekalan air bersih secara konsisten, terutamanya pada musim kemarau pada bulan Jun hingga Ogos. “Buat masa ini […]