Mujahid kutuk serangan di Sri Lanka

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengutuk sekeras-kerasnya insiden keganasan di Sri Lanka ketika penganut Kristian merayakan sambutan perayaan Easter, semalam. Katanya tindakan menceroboh atau merosakkan mana-mana rumah ibadat bukan sahaja membangkitkan kemarahan tetapi turut menyebabkan kebencian antara agama. Beliau berkata Islam turut menolak semua bentuk keganasan yang melibatkan […]

Malaysia di landasan tepat jadi hab kewangan Islam antarabangsa

KUALA LUMPUR – Malaysia berada di landasan tepat untuk menjadi hab kewangan Islam global yang terkemuka di dunia dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah. Beliau berkata, Malaysia mempunyai Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) yang ditubuhkan pada 2010 dengan kerjasama 12 bank pusat sedunia yang fungsinya adalah bagi mempelopori inisiatif […]

Liga Arab ikrar beri RM413.2 juta kepada Palestin

KAHERAH – Liga Arab berikrar memberi AS$100 juta (RM413.2 juta) sebulan kepada Pihak Berkuasa Palestin untuk menampung kekurangan berikutan sekatan pemindahan cukai oleh Israel pada awal tahun ini. Menurutnya, mereka mengesahkan negara-negara Arab akan menyokong belanjawan Palestin. “Bagi terus bertahan dengan tekanan politik dan kewangan yang dihadapi Palestin,” katanya selepas mesyuarat di sini semalam. Israel […]

MAINJ tetap kadar zakat fitrah RM7 dan RM10 tahun ini

JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan dua kadar harga zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM7 dan RM10. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor Aminolhuda Hassan berkata ketetapan harga itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dengan pengesahan MAINJ. Katanya, penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga […]

Universiti al-Azhar mengutuk serangan pengganas di Sri Lanka

KAHERAH – Universiti al-Azhar mengutuk serangan ‘pengganas’ melibatkan hotel dan gereja ketika sambutan Easter yang mengorbankan 207 nyawa di Sri Lanka, hari ini. Menurut Imam Besar institusi itu, Sheikh Ahmed al-Tayeb, beliau tidak dapat membayangkan bagaimana seorang manusia boleh membuat serangan pada keamanan ketika hari sambutan berkenaan. “Perlakuan pengganas-pengganas ini bertentangan dengan ajaran semua agama. […]

Sasar satu Parlimen satu Masjid Rahmah

TASEK GELUGOR – Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya satu Parlimen mempunyai satu program Masjid Rahmah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata mana-mana masjid sedia ada yang mengamalkan ciri-ciri RAHMAH (ramah, aman, harmoni, mesra, a’lamin dan hormat) boleh diiktiraf sebagai Masjid Rahmah. Beliau berkata program masjid rahmah itu adalah sebahagian daripada dasar […]