Muslim Pro Malaysia atasi gergasi teknologi sebagai aplikasi mudah alih utama

KUALA LUMPUR – Muslim Pro, aplikasi mudah alih Islam yang komprehensif, menjadi aplikasi mudah alih yang dimuat turun nombor satu negara pada awal Ramadan, mengatasi gergasi teknologi global seperti Facebook, Whatsapp dan Instagram. Dalam kenyataan hari ini (16 Mei), Muslim Pro Malaysia berkata dengan lebih 70 juta muat turun di lebih 200 negara, penggunaan aplikasi […]

PBB sahkan penarikan balik penyertaan Malaysia dalam Statut Rom

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengesahkan penarikan balik penyertaan Malaysia ke Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa semalam. Menurut Wisma Putra, penarikan balik penyertaan Malaysia ke triti tersebut berkuat kuasa pada 29 April lalu, iaitu tarikh kerajaan Malaysia mengemukakan surat penarikan balik penyertaan Malaysia ke statut berkenaan kepada Setiausaha Agung PBB, selaku […]

MPWIM tumpu komunikasi dakwah

PUTRAJAYA – Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) akan memfokuskan kepada usaha komunikasi dakwah dalam gerak kerjanya. Pengerusinya yang baharu  Dr. Hafidzah Mustakim berkata, ia akan disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami dan disenangi oleh golongan sasar pihaknya. “Melangkah ke hadapan kita akan giatkan lagi penyampaian dakwah kepada wanita di negara ini, baik Muslim ataupun […]

Kerajaan hargai peranan, sumbangan PENGASIH

KUALA LUMPUR – Peranan Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) dalam membantu merawat penagih dadah perlu diberikan pengiktirafan sewajarnya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata kerajaan menghargai sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) seperti PENGASIH kerana mustahil untuk kerajaan melaksanakan semua perkara. Katanya, pendekatan yang diambil PENGASIH menerusi program pemulihan mereka dapat membantu meningkatkan sifat […]

Mufti Kedah nasihat kaki ponteng puasa supaya bertaubat

ALOR SETAR – Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang menasihatkan golongan yang sering ‘ponteng puasa’ dengan sengaja agar bertaubat bagi menghindar kemurkaan Allah SWT. Katanya, lebih menyedihkan ada dalam kalangan umat Islam memilih restoran bukan Islam untuk berkumpul dan menikmati makanan tanpa rasa segan dan tidak mengendahkan kesucian makanan yang dijamah. “Allah beri kita 11 […]