Mufti Wilayah- Pengajaran sebalik kemenangan Liverpool

KUALA LUMPUR – Di sebalik kemenangan Liverpool FC dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad menyenaraikan beberapa pengajaran diperoleh daripada pasukan tersebut. Antaranya, Liverpool berjaya menggilap bakat pemain Muslim seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane sehingga menjadi pemain handalan dunia dan contoh ikutan karakter yang baik […]

Mujahid bimbang fenomena ‘orang jahil cakap agama’

PARIT BUNTAR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyuarakan kebimbangan terhadap masyarakat Islam di Malaysia kini terperangkap dengan fenomena ‘orang jahil bercakap tentang agama’ sejak kebelakangan ini. Mujahid berkata, penularan fenomena itu dapat dilihat terutama dalam laman sosial apabila kebanyakan pihak teruja mengecam tindakan sesuatu isu kontroversi berkaitan agama […]

Abdul Halim anak Malaysia pertama Ketua Kompeni Kadet di Amerika

KUALA LUMPUR – Mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kompeni Kadet di Akademi Tentera Amerika Syarikat West Point, bukanlah tugas yang mudah bagi Abdul Halim Abdul Rahim. Namun sifat kepimpinan anak muda berusia 23 tahun itu, berjaya mengetuai 120 anggota pasukannya dengan cemerlang, selain menonjolkan kemampuan beliau untuk menjadi pegawai tentera […]

Gambar fitnah : Mujahid buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof membuat laporan polis berhubung satu hantaran di Facebook yang didakwa memfitnahnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pemilik akaun laman sosial itu yang menggunakan nama Shamsul Faisal Abdul Wahab telah memuat naik gambar yang disunting dengan meletakkan wajahnya. Menurut Mujahid, beliau yakin pemilik akaun Facebook itu berbuat […]

Agong titah jangan jadikan masjid gelanggang politik

TEMERLOH – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya institusi masjid di negeri ini tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik oleh mana-mana pihak. Seri Paduka juga menitahkan supaya masjid di negeri ini diimarahkan dan jangan sesekali dijadikan tempat mengajar ilmu-ilmu yang tidak selari dengan kehendak Ahli Sunnah Wal Jamaah. “Ini saya tekankan […]

RUU untuk tambah baik institusi Dana Wakaf

KUANTAN – Usaha memantapkan institusi Dana Wakaf akan dapat dilakukan dengan lebih mudah apabila Rang Undang-undang (RUU) berkaitan dibentangkan dan diluluskan tidak lama lagi. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata pemahaman terhadap peranan institusi wakaf dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan jika mahu menjadikan Dana Wakaf sebagai antara penyumbang utama kepada kesejahteraan […]