Home » Langit Terbuka » Mufti Wilayah- Pengajaran sebalik kemenangan Liverpool

Mufti Wilayah- Pengajaran sebalik kemenangan Liverpool

Mufti Wilayah Persekutuan memberikan contoh dua pemain Muslim, Sadio Mane dan Mohamed Salah yang berjaya digilap Liverpool. - Foto GiveMeSport.com

KUALA LUMPUR – Di sebalik kemenangan Liverpool FC dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad menyenaraikan beberapa pengajaran diperoleh daripada pasukan tersebut.

Antaranya, Liverpool berjaya menggilap bakat pemain Muslim seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane sehingga menjadi pemain handalan dunia dan contoh ikutan karakter yang baik untuk peminat dan penyokong.

“Menariknya, kami membaca berita dari akhbar Arab Uqaz beberapa hari sebelum perlawanan, dinukilkan bahawa jurulatih Liverpool Jürgen Klopp tidak menghalang Mohamed Salah dan Sadio Mane untuk melakukan ibadat puasa.

“Sebaliknya beliau memberi galakan kerana hak kebebasan beragama. Itulah profesionalnya mereka. Permainan tetap cemerlang,” tulis beliau dalam laman Facebooknya.

Tambah beliau, semangat tidak mudah mengalah dan segera membaiki pasukan meskipun tewas kepada Real Madrid tahun lepas menjadikannya sumber inspirasi kepada semua.

“Walaupun tidak berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini, mereka tidak terus mengalah dan kecewa, malah terus lebih kuat bersemangat.

“Kesabaran, ketabahan dan kekuatan mental Jürgen Klopp akhirnya berjaya mendapatkan trofi UCL, pertama kali dalam karier bola sepaknya dan trofi pertama bersama Liverpool setelah enam kali hanya bergelar naib juara di pentas akhir.

“Penantian panjang para penyokong Liverpool FC akhirnya terbalas jua selepas kali terakhir merangkul piala tersebut pada musim 2005,” ujarnya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *