Home » Langit Terbuka » Agong titah jangan jadikan masjid gelanggang politik

Agong titah jangan jadikan masjid gelanggang politik

Seri Paduka menitahkan supaya masjid masjid diimarahkan dan jangan sesekali dijadikan tempat mengajar ilmu-ilmu yang tidak selari dengan kehendak Ahli Sunnah Wal Jamaah. - Foto Kosmo

TEMERLOH – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya institusi masjid di negeri ini tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik oleh mana-mana pihak.

Seri Paduka juga menitahkan supaya masjid di negeri ini diimarahkan dan jangan sesekali dijadikan tempat mengajar ilmu-ilmu yang tidak selari dengan kehendak Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Ini saya tekankan sekali lagi jangan mana-mana pihak cuba mempolitikkan atau mengajar ilmu yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mana telah termaktub dalam Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Pahang,” titah Seri Paduka semasa merasmikan Masjid Sultan Haji AhmadShah al-Mustain Billah di sini. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *