Polis nafi Masjid Al-Mutaqqin diserang

KULIM – Polis menafikan berlaku serangan di Masjid Al-Mutaqqin Taman Selasih, Kulim, seperti yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, laporan polis yang dilakukan oleh jemaah masjid adalah berkaitan bunyi bising oleh kumpulan tertentu sehingga mengganggu jemaah sedang solat. “Semalam, kita ada menerima laporan dibuat oleh jemaah masjid, […]

Pamuntarian lokasi seterusnya ibadah korban YADIM – MVM

NABAWAN – Kampung Pamuntarian di sini, menjadi lokasi seterusnya program kerjasama korban Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Muslim Volunteers Malaysia (MVM) pada 14 Ogos. Hasil kutipan dana yang diusahakan oleh kedua badan ini, seekor lembu berjaya disumbangkan untuk majlis korban bagi penduduk kampung tersebut. Mewakili MVM ialah Penyelaras Projek Ibadah korban Sabah Imran Abd Moin, […]

Sinergi media jayakan Malaysia#Quranhour

SHAH ALAM – Agensi-agensi media daripada pelbagai platform hari ini menyatakan komitmen bagi menjayakan kempen Malaysia#QuranHour 2019 dalam satu majlis di ibu pejabat Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd., di sini hari ini (14 Ogos). Selain Kumpulan Media Karangkraf sendiri, agensi lain yang terlibat termasuk Kumpulan Utusan, Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), The Star, Astro, […]

Kediaman terbakar pagi Aidiladha, keluarga ibu tunggal dapat perhatian SAR Kuala Langat

SIJANGKANG – Kehilangan kediaman di kala orang ramai sedang menyambut AidilAdha sememangnya memeritkan, namun itulah yang dihadapi oleh Siti Sarah Yusuk, apabila sebahagian rumahnya musnah dalam satu kebakaran pada pagi 11 Ogos lalu. Prihatin dengan nasib yang menimpa ibu tunggal berkenaan, Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkunjung dan […]

TH nafi jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat terowong sesak

MAKKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia setelah sesak nafas kerana terowong sesak akibat hujan lebat. Mesej yang tular itu juga mendakwa kononnya TH telah menahan perjalanan jemaah haji Malaysia untuk berpatah balik pada yang telah berlepas untuk melontar jamrah […]