Home » Citra Yadim » Pamuntarian lokasi seterusnya ibadah korban YADIM – MVM

Pamuntarian lokasi seterusnya ibadah korban YADIM – MVM

NABAWAN – Kampung Pamuntarian di sini, menjadi lokasi seterusnya program kerjasama korban Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Muslim Volunteers Malaysia (MVM) pada 14 Ogos.

Hasil kutipan dana yang diusahakan oleh kedua badan ini, seekor lembu berjaya disumbangkan untuk majlis korban bagi penduduk kampung tersebut.

Mewakili MVM ialah Penyelaras Projek Ibadah korban Sabah Imran Abd Moin, manakala YADIM diwakili oleh Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Ar Rahmah, Abdul Qaiyum Aris.

Imran dalam ucapannya sebelum majlis bermula melahirkan rasa syukur kerana program korban ini berjaya dilaksanakan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada Pengarah YADIM Sabah, Haji Samin Ongki, Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Ar Rahmah, Syahrizal Mat dan Presiden MVM, Muhammad Jantan atas sokongan yang diberikan mereka.

Qaiyum pula berkata, kerjasama erat antara YADIM dan MVM ternyata sangat membuahkan hasil dan berharap lebih banyak program akan dilaksanakan bersama selepas ini.

Majlis bermula jam 8.30 pagi di surau kampung berkenaan yang disertai oleh kakitangan YADIM dan MVM serta penduduk kampung.

Selesai kerja pengagihan daging korban, para petugas kemudiannya mengagihkan sumbangan barangan asas kepada 30 penduduk kampung terpilih.

Terdahulu sehari sebelumnya, YADIM dan MVM berjaya melaksanakan ibadah korban di Kampung Kauluan di Ranau yang menyaksikan dua ekor lembu disumbangkan bagi tujuan korban.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *