Maulidur Rasul 1441 Hijrah peringkat kebangsaan Sabtu ini

KUALA LUMPUR — Majlis sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 peringkat kebangsaan, akan diadakan pada Sabtu ini (9 November) di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 7 pagi. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata 8,000 peserta terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan serta pelajar […]

Cadangan kerjasama penerbitan Super Telemovie berunsurkan dakwah

PUTRAJAYA – Cabaran berdakwah yang semakin sukar dan pelbagai memerlukan pendakwah itu sendiri meningkatkan keupayaan dan mempelbagaikan usaha dakwahnya. Memandangkan elemen hiburan lebih digemari dan mudah diterima masyarakat, kesempatan menyelitkan unsur dakwah di dalamnya sewajarnya digunakan untuk mendekati pelbagai golongan. Menyedari hakikat dan peluang ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dipelawa untuk menjadi rakan […]

Peranan MKI diperkasa untuk bantu realisasi wawasan kemakmuran bersama

PUTRAJAYA – Fungsi dan peranan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) perlu diperkasakan bagi bersama-sama bergerak merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama menjelang 2030, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Mujahid yang juga Timbalan Pengerusi MKI berkata Malaysia sebagai sebuah negara Islam perlu membina kekuatan dengan memastikan pentadbiran yang […]

Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Pada Majlis Syarahan Diraja Sambutan Jubli Emas MKI

Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Majlis Syarahan Diraja ,Sambutan Jubli Emas, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) 10 RABIULAWWAL 1441 / 7 NOVEMBER 2019 (KHAMIS) 10 PAGI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC), PUTRAJAYA. “BERKUBU DI ATAS GUNUNG SEJARAH, MERENUNG KE DEPAN, MENYUSUN […]

Negara Islam dibangunkan melalui sifat ummah bukan penjenamaan nama

PUTRAJAYA _ Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah negara Islam dibangunkan oleh ummahnya melalui sifat dan tingkah laku dan bukan menerusi penjenamaan nama negara. Titah baginda, negara dan organisasi tidak dapat mendakwa diri masing-masing sebagai Islam jika warga dan ahlinya tidak mengamalkan sifat-sifat seorang Muslim yang sejati. “Setiap organisasi Islam dan setiap seorang […]

Wawasan Malaysia yang bertolak-ansur selaras dengan SDG – Mujahid

KUALA LUMPUR – Konsep Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang bertolak-ansur adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. “Dalam hubungan untuk membangunkan sebuah negara yang bertolak-ansur, kita mendapati ia tidak bertentangan dengan matlamat SDG. “Kerangka negara […]