Jawi Food Bank sumbang makanan

KUALA LUMPUR – Simpati dengan nasib mereka yang terpaksa bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan kerajaan, Jawi Food Bank dengan kerjasama rakan strategik tampil memberikan sumbangan makanan kepada yang terbabit. Pengarahnya Mohd Ajib Ismail berkata, inisiatif itu dimulakan semalam, dengan memberi sumbangan makanan kepada petugas di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) yang bertugas ketika wabak […]

Mufti Kelantan masuk hospital

KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dimasukkan ke hospital pagi semalam (18 Mac) selepas mempunyai tanda jangkitan wabak Covid-19. Difahamkan, Mohd Shukri mengalami demam dan sakit tekak selepas pulang dari Sarawak, Khamis lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pagi semalam. Ahli keluarga ketika dihubungi berkata, bapanya mengalami […]

COVID-19: Himpunan tabligh Ijtima Asia dibatalkan

JAKARTA – Acara himpunan, Ijtima Dunia 2020 Zon Asia membabitkan ribuan masyarakat Islam di wilayah Sulawesi Selatan dibatalkan berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19, lapor jurucakapnya. Sejak beberapa hari lalu, pihak berkuasa menasihati mereka membatalkan program Ijtima Asia anjuran jemaah tabligh yang dijangka dihadiri umat Islam dari seluruh dunia. Himpunan itu dijadualkan berlangsung di Gowa, berdekatan […]

Jurunikah diberi kuasa tangguhkan pernikahan

KUALA TERENGGANU – Jurunikah di seluruh negeri ini diberi kuasa sepenuhnya menangguhkan pernikahan jika penganjur gagal mematuhi langkah pencegahan COVID-19. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad, berkata mereka yang sudah diberi kebenaran berkahwin sebelum perintah kawalan pergerakan dikuatkuasa dicadang menangguhkan sehingga keadaan pulih sepenuhnya. Bagaimanapun, jika pasangan mahu meneruskan juga majlis […]

Berdosa pulang ke kampung jika datangkan mudarat

KUALA LUMPUR – Perbuatan orang ramai yang pulang ke kampung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh menjadi haram dari segi agama jika mendatangkan mudarat kepada ahli keluarga dan masyarakat. Pensyarah Fiqh Fatwa Semasa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, berkata perbuatan itu boleh jatuh haram kerana ia jelas bertentangan […]