Tentera digerak mulai Ahad, bukan perintah darurat

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula Ahad ini (22 Mac) dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yakin dengan bantuan tentera, tahap pematuhan rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan akan lebih tinggi. “Kita berharap rakyat terus patuh […]

Food Bank YaPEIM 2.0 untuk Musaadah Covid-19

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan situasi semasa yang melanda negara, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tampil menyahut seruan bersama-sama agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggerakkan misi #MusaadahCOVID19 selaras dengan keputusan Mesyuarat Pasca Kabinet Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 18 Mac 2020 di Putrajaya. Pengerusi Ahli […]

Enam bulan diskaun bil elektrik mulai 1 April

KUALA LUMPUR – Diskaun bil elektrik akan diberi kepada semua pengguna elektrik bagi tempoh enam bulan bermula 1 April hingga 30 September, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata, pemberian diskaun bil elektrik itu adalah bagi membantu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar berikutan kesan penularan […]

Dr Mahathir kuarantin diri secara sukarela

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau kini menjalani kuarantin secara sukarela di kediamannya selepas mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19. Difahamkan, Ahli Parlimen Langkawi itu mula menjalani kuarantin secara sukarela sejak semalam selepas bergambar dengan individu berkenaan baru-baru ini. “Saya patuh (kuarantin secara sukarela) kerana amat […]

Zakat Pulau Pinang salur RM500 bantu peniaga kecil asnaf

BUKIT MERTAJAM – Zakat Pulau Pinang (ZPP) paa 19 Mac mengumumkan bantuan khas RM500 kepada peniaga dan penjaja kecil dalam kalangan asnaf dan fakir miskin di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata langkah itu diambil memandangkan golongan itu berdepan […]

COVID-19: Inteam ajak zikir menerusi talian

KUALA LUMPUR – Kumpulan nasyid popular, Inteam merancang mengadakan program Zikir Munajat menerusi talian bersama peminat berikutan penularan wabak COVID-19. Ketua kumpulan, Mohd Syahril Abdul Khalid atau Syah berkata, Inteam merasai tempias apabila beberapa program yang sudah dipersetujui awal terpaksa dibatalkan, selepas wabak COVID-19 semakin meruncing. “Inteam mengambil inisiatif menganjurkan program Zikir Munajat menerusi atas […]