Home » Langit Terbuka » COVID-19: Inteam ajak zikir menerusi talian

COVID-19: Inteam ajak zikir menerusi talian

InTeam (gambar) mengajak peminat bermuhasabah diri, berzikir dan bermunajat memohon keampunan dari Allah SWT bersama-sama supaya wabak Covid-19 dapat segera diatasi. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR – Kumpulan nasyid popular, Inteam merancang mengadakan program Zikir Munajat menerusi talian bersama peminat berikutan penularan wabak COVID-19.

Ketua kumpulan, Mohd Syahril Abdul Khalid atau Syah berkata, Inteam merasai tempias apabila beberapa program yang sudah dipersetujui awal terpaksa dibatalkan, selepas wabak COVID-19 semakin meruncing.

“Inteam mengambil inisiatif menganjurkan program Zikir Munajat menerusi atas talian bersama peminat. Ini selepas melihat situasi penularan COVID-19 yang semakin meruncing.

“Kami sudah mengadakan Zikir Munajat pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan menerusi saluran YouTube milik Inteam Digital. Dalam program itu, kami mengajak penonton bermuhasabah diri, berzikir dan bermunajat memohon keampunan dari Allah SWT.

“Kita perlu berdoa bersama-sama supaya ujian ini dapat segera diatasi. Insya-Allah, kami merancang mengadakan beberapa program atas talian bersama peminat,” katanya kepada BH Online.

Inteam yang ditubuhkan pada 1998 dikenali dengan lagu seperti Kasih Kekasih, Impian Kasih, Damba Kasih dan banyak lagi reda, biarpun beberapa program yang sepatutnya dijayakan sejak awal Mac lalu dibatalkan.

“Kami terpaksa akur dengan pembatalan beberapa program yang sudah dirancang sejak awal. Kami faham dan reda dengan situasi yang melanda negara ketika ini. Lebih lagi, selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Apa yang lebih penting adalah keselamatan peminat. Kami berharap peminat boleh menggunakan peluang ini menyertai program Zikir Munajat bersama Inteam sebagai aktiviti dalam rumah,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *