Sumbangan untuk 30 keluarga di Pendang

PENDANG – Daerah ini merupakan lokasi terbaharu program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Sebanyak 30 set sumbangan barangan keperluan harian diagihkan kepada golongan sasaran yang terdiri daripada asnaf, Orang Kelainan Upaya dan golongan B40 yang menerima gaji harian, lantas terkesan dengan musibah Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Penyelaras program YADIM ialah […]

Musa’adah Covid 19 sekitar Tumpat

TUMPAT – Bagi meneruskan usaha menyantuni rakyat yang terkesan dengan musibah Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 April telah turun padang menyampaikan bantuan ke jajahan ini. Seramai 80 keluarga dari tiga kawasan iaitu Kampung Genting, Kampung Kubang Batang dan kariah Masjid Putra, Pasir Pekan menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian daripada YADIM […]