Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid 19 sekitar Tumpat

Musa’adah Covid 19 sekitar Tumpat

TUMPAT – Bagi meneruskan usaha menyantuni rakyat yang terkesan dengan musibah Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 April telah turun padang menyampaikan bantuan ke jajahan ini.

Seramai 80 keluarga dari tiga kawasan iaitu Kampung Genting, Kampung Kubang Batang dan kariah Masjid Putra, Pasir Pekan menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian daripada YADIM Kelantan.

Mereka terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, pesakit kronik dan warga emas yang terjejas akibat Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Ab Halim yang menyampaikan sumbangan berkenaan kepada wakil penduduk seperti imam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid, selain menyampaikannya sendiri menerusi kunjungan ke rumah rumah.

Program ini turut mendapat kerjasama AJK Masjid As Somadi Kampung Genting, AJK Surau Lebai Hasan dan AJK Masjid Putra Pasir Pekan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *