MAIWP lulus 15,397 permohonan Bantuan Zakat Kecemasan

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan kepada 9,000 daripada 15,397 pemohon diluluskan menerusi program Bantuan Zakat Kecemasan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Akbar Samom berkata, MAIWP menerima 23,995 permohonan dan 5,366 masih dalam proses kelulusan, manakala 3,232 gagal kerana tidak menepati kriteria. Beliau berkata, RM5.9 juta […]

Mesyuarat khas MKN bincang solat berjemaah

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membincangkan isu solat berjemaah di masjid. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia juga akan dibawa ke mesyuarat kabinet untuk diputuskan kerana membabitkan isu besar berkaitan agama. Katanya dalam mesyuarat hari ini, Menteri di […]

Harus pajak gadai emas jika terdesak: Mufti

IPOH – Hukum menggadaikan barangan berharga seperti emas di kedai pajak gadai adalah harus bagi memenuhi keperluan manusia yang berada dalam keadaan terdesak. Jabatan Mufti Perak dalam kenyataan berkata, ia diharuskan atas sebab-sebab tertentu sepertimana firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat 283 bermaksud: ‘Jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang […]

Pulau Pinang belum beri kebenaran guna masjid, surau

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang belum lagi membuat keputusan untuk membenarkan sebarang aktiviti diadakan di dalam masjid dan surau termasuk solat Jumaat bersyarat seperti yang akan dilakukan di Perlis mulai 15 Mei ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, sebelum ini memang ada cadangan untuk membuka sebahagian […]

Musa’adah Covid-19 di Bahagian Sibu

SIBU – Program YADIM Peduli: Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diteruskan di bahagian ini dengan sebanyak 19 keluarga menerima sumbangan. Secara pecahan, program pada 7 Mei ini menyaksikan dua keluarga menerima sumbangan di Sibujaya manakala selebihnya (17) keluarga di Tanjung Latap di sini. Majoriti penerima ialah golongan asnaf yang terkesan dengan musibah […]