Home » Langit Terbuka » MAIWP lulus 15,397 permohonan Bantuan Zakat Kecemasan

MAIWP lulus 15,397 permohonan Bantuan Zakat Kecemasan

Datuk Akbar Samom ketika menyampaikan bantuan di Pangsapuri Putra Damai, Presint 11, Putrajaya. - Foto MAIWP

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan kepada 9,000 daripada 15,397 pemohon diluluskan menerusi program Bantuan Zakat Kecemasan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Akbar Samom berkata, MAIWP menerima 23,995 permohonan dan 5,366 masih dalam proses kelulusan, manakala 3,232 gagal kerana tidak menepati kriteria.

Beliau berkata, RM5.9 juta zakat diluluskan untuk disalurkan kepada penerima terdiri daripada dua kategori iaitu asnaf sedia ada yang berdaftar dengan MAIWP dan golongan terjejas pendapatan sepanjang tempoh PKP.

“Permohonan masih dibuka dan seandainya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diteruskan, MAIWP bercadang meneruskan bantuan ini kepada golongan layak menerima bantuan,” katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan Musaadah MAIWP Ramadan di Pangsapuri Putra Damai, Presint 11, Putrajaya, hari ini.

Pada majlis itu, Akbar menyampaikan bantuan kepada lima penerima bantuan keperluan makanan termasuk dua menerima bantuan kewangan kecemasan berjumlah RM400 seorang.

Akbar berkata, sehingga semalam MAIWP mengagihkan RM42.43 juta Dana Zakat MAIWP Prihatin bagi membantu pelbagai golongan terjejas sepanjang PKP.

Beliau berkata, selain asnaf dan golongan terjejas pendapatan, bantuan turut disalurkan kepada petugas barisan hadapan, pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan gelandangan. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *